Dakwa Pelajar Ada Kebolehan ‘Menetas telur Rebus’ Guna Kuasa Minda, Sekolah Di China Diarah Tutup | Sebuah Sekolah Vokasional di China dilaporkan telah diarahkan tutup selepas pengasas serta pengetuanya telah mendakwa bahawa pelajar sekolah tersebut mempunyai kebolehan menetaskan telur ayam hanya menggunakan ‘kuasa minda’.

Dakwa Pelajar Ada Kebolehan 'Menetas telur Rebus' Guna Kuasa Minda, Sekolah Di China Diarah Tutup

Guo Ping, pengasas kepada Sekolah Latihan Vokasional Chulin dikatakan telah menerbitkan laporan mengenai pelajarnya di dalam jurnal Pictorial Geography baru-baru ini selepas mendakwa beberapa pelajarnya mempunyai kuasa ‘istimewa’ kerana mampu menetaskan telur ayam yang direbus menurut laporan tempatan.

Menurut artikel yang telah diterbitkan, Guo memberitahu bahawa tujuh telur rebus telah digunakan dalam eksperimen berjaya diperam lalu menetas menggunakan ‘kuasa dan tenaga minda’ dan ia dilaporkan telah dilihat oleh beberapa individu, termasuk tujuh pelajar, enam ibu bapa serta dua pensyarah.

Tambah Guo, untuk melihat telur tersebut menetas, orang tersebut perlu perhatikan telur tersebut menetas dan menggunakan kaedah rahsia yang diberikan untuk menetaskan telur berkenaan.

Laporan tersebut telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak dan memaksa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap insiden terbabit serta membuka kertas siasatan kenapa pengetua dan sekolah terbabit.

Guo dikatakan telah meminta maaf atas laporan tersebut dan bertindak berundur dari jawatan di sekolah berkenaan yang terletak di Zhengzhou. Siasatan awal mendapati jurnal berkenaan telah dibayar bagi menerbitkan artikel tersebut di  Pictorial Geography. 

Pengarah  Pictorial Geography dilaporkan telah meletak jawatan susulan kes tersebut.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply