Dari Remaja Selalu Doa Nak Suami Baik Macam Malaikat. Doa Makbul Tetapi… | Dalam Islam, doa menjadi salah satu kunci utama bagi setiap muslim, tak terkecuali perihal jodoh. Jika usaha-usaha telah dilakukan, umat Islam dianjurkan untuk senantiasa berdoa kerana Allah SWT sentiasa menyukai hamba-nya yang bersungguh-sungguh dalam berdoa.

Dari Remaja Selalu Doa Nak Suami Baik Macam Malaikat. Doa Makbul Tetapi…

Jika ditanya mengenai jodoh, sudah pasti semua inginkan jodoh yang baik. Begitu juga dengan satu kisah yang dipetik dari IIUM Confession oleh seorang ‘anonymous’ yang menceritakan tentang sahabat baiknya, Sarah (bukan nama sebenar) telah berdoa untuk mendapatkan jodoh yang baik sejak masih berada di bangku sekolah.

Permintaan Sarah bukan sekadar ingin mendapatkan jodoh yang baik sahaja malah dia inginkan jodoh sebaik malaikat serta mengikut kisah tersebut, Sarah telah berulang kali berdoa agar dijodohkan dengan apa yang dimintanya.

Pada suatu hari, dia telah dijodohkan dengan seorang lelaki yang dikatakan agak sempurna iaitu mempunyai wajah yang rupawan, selalu berjemaah di masjid, mempunyai suara yang merdu ketika membaca Al-Quran serta lemah lembut orangnya persis seperti apa yang dipintanya dalam doa.

Namun, rumahtangga Sarah tidak berpanjangan selepas dia dikhabarkan bercerai dengan suaminya selepas 7 tahun mendidirikan rumah tangga. Individu ‘anonymous’ tersebut berasa aneh dengan kisah rakannya itu kerana mereka sentiasa dilihat bahagia walaupun tidak mempunyai anak.

Apabila ditanyakan sebabnya, Sarah tidak mahu membuka mulut pada awalnya namun setelah diselidik rupa-rupanya Sarah masih lagi seorang d4ra. Rupa-rupanya sepanjang 7 tahun mengikat rumah tangga, Sarah tidak pernah disentuh suaminya lagi kerana suaminya dikatakan tidak mempunyai nafsu terhadap perempuan.

Sarah dan suaminya sudah cuba untuk merawat penyakit suaminya yang bukan disebabkan oleh mati pucuk atau disihir tetapi suaminya itu memang tidak mempunyai nafsu terhadap perempuan persis seperti malaikat.

Sarah turut menyuarakan bahawa dia berasa menyesal mengahwini bekas suaminya itu kerana hidupnya sudah dibazirkan selama 7 tahun dan berfikir bahawa bekas suaminya itu perlu berterus-terang dengannya dan keluarga tentang perkara ini sebelum mereka menjalani rumahtangga.

Jadi, pengajaran dari kisah ini adalah, kita janganlah mengharapkan kesempurnaan dalam memilih pasangan hatta sebaik malaikat sekalipun kerana yang kesempurnaan itu hanya milik Sang Pencipta Alam Semesta. Oleh itu, berpada-padalah dalam meminta sesuatu.

Sumber: IIUM Confession

Share.

Leave A Reply