(Video) Anak Tersilap Buang Kotak Emas Bernilai 70k, Wanita Selongkar Lori Sampah

| September 7, 2021 | 0 Comments

(Video) Anak Tersilap Buang Kotak Emas Bernilai 70k, Wanita Selongkar Lori Sampah | Kalau rezeki tidak ke mana, itu antara ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan situasi dialami seorang wanita apabila berjaya menjumpai semula barang kemas bernilai RM70,000 selepas membuangnya ke dalam tong sampah.

Difahamkan, wanita terbabit hanya mahu membuang sampah tetapi secara tidak sengaja turut memasukkan barang kemas yang disimpan di dalam bekas berwarna hijau.

Menerusi satu perkongsian video daripada Cik Puan Suria di laman Facebook, wanita terbabit telah berjumpa dengan pekerja pembersihan bagi mencari barangan kemas yang telah dibuang.

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu turut menunjukkan pekerja pembersihan membantu wanita itu mencari barangan kemas bernilai puluhan ribu ringgit dengan membuang semua sampah daripada lori milik mereka.

Bagaimanapun, akhirnya wanita itu berjaya menjumpai semula bekas barangan kemas terbabit yang mengandungi beberapa gelang emas dengan harga RM70,000.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan ucapan terima kasih dan syukur selepas wanita tersebut berjaya menjumpai semula barangan kemas yang dibuang ke dalam tong sampah.

“Alhamdulillah rezeki milik kakak ini, benda tidak sengaja bukan sengaja mahu buang, lepas ini perlu beringat,” nasihat Ifa Sofi.

“Alhamdulillah syukur, masih menjadi rezeki tuannya,” doa Mariam Ahmad.

“Harap kakak itu bagi upah kepada pekerja pembersihan yang mencarikan barang kemas itu,”kata Sham Suri.

Sumber : Kosmo

 

Tags: , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *