Data 530 Juta Pengguna Facebook Bakal Bocor Akibat Penyalahgunaan Ciri Pada Tahun 2019 | Kebocoran data sering berlaku di zaman serba-serbi internet dan Facebook juga tidak terlepas daripanya selepas dilaporkan berlaku kebocoran data di pengkalan media sosial tersebut sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 570 juta data penggunanya berpotensi untuk bocor, baru-baru ini.
Negara yang mengalami pengguna tertinggi facebook adalah Mesir iaitu dengan memiliki 44.8 juta pengguna manakala Tunisia sekurang-kurangnya 39.5 juta pengguna serta Itali yang memiliki 35.6 juta pengguna. Tidak terkecuali Malaysia yang memiliki 24 juta pengguna Facebook turut bakal menjadi mangsa kebocoran data peribadi seperti yang dilaporkan media.
Menurut laporan Business Insider yang dipetik dari Reuters, butiran peribadi seperti nama lengkap, no telefon, tempat tinggal, tarikh lahir dan sebagainya terdapat di pengkalan data awam facebook menyebabkan hal tersebut mendatangkan kerisauan kepada pengguna facebook.
Facebook turut mengatakan “si pelaku”telah mencerobohi pengkalan data serta memperolehnya pada Septermber 2019 apabila dia cuba ‘mengikis’ data menggunakan profil data yang terdedah sebelum menggunakan alatan perkhidmatan sosial untuk menyegerakan penambahan kenalan di media sosial tersebut.
Tambah mereka lagi, pihak pengurusan pengkalan data telah mengambil tindakan terhadap insiden tersebut selepas mereka mengenal pasti masalah yang dihadapi sebelum membuat pengubahsuaian terhadap aplikasi media sosial tersebut.
Ketua Pegawai Teknologi (CTO) firma perisikan jenayah siber Hudson Rock dan Alon Gal, yang juga merupakan orang pertama yang menemui kecacatan tersebut dalam satu laporan berita mengatakan data pengguna yang diperoleh ini akan digunakan oleh penjenayah siber bagi melakukan penyamaran serta penipuan bagi pihak mangsa kebocoran data dan sebilangan besar mereka adalah untuk melakukan serangan kejuteraan sosial atau cubaan penggodaman.
Facebook dilaporkan yakin bahawa tindakan yang telah diambil oleh pihak mereka dapat membendung permasalahan yang sudah berlanjutan dari 2019 serta yakin bahawa insiden ini tidak akan berlaku lagi di masa-masa akan datang.
Sumber: Reuters