Datuk Seri Lajim Ukin Disahkan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

| August 28, 2021 | 0 Comments

Datuk Seri Lajim Ukin Disahkan Meninggal Dunia Akibat Covid-19 | Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Lajim Ukin, disahkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi Ahad.

Datuk Seri Lajim Ukin Disahkan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Menerusi laporan Sinar Harian, berita ini disahkan oleh isterinya, Datin Seri Normilah Siong.

“Ya benar, beliau telah meninggal pada jam 6.23 pagi tadi dan saya telah menerima panggilan daripada pihak hospital.

“Setakat ini masih di Hospital KPJ namun jenazahnya saya akan bawa juga pulang ke Beaufort,” katanya.

Pada Selasa lalu, Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu dilaporkan ditidurkan selepas keadaan kesihatannya dikatakan merosot akibat dijangkiti virus Covid-19.

Sepanjang ditidurkan, keadaan bekas ahli Parlimen Beaufort itu dilaporkan stabil namun masih bergantung dengan bantuan pernafasan.

Sumber : Sinar Harian

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *