Rakyat Malaysia Antara 6 Individu Ditahan Taliban, PDRM Kemukakan Permohonan Pengesahan | Susulan laporan media antarabangsa yang mengatakan enam individu yang ditahan pihak berkuasa Taliban di Kabul baru-baru ini adalah melibatkan dua individu warganegara Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dikatakan sudah mengemukakan permohonan kepada agensi keselamatan luar negara bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

Rakyat Malaysia Antara 6 Individu Ditahan Taliban, PDRM Kemukakan Permohonan Pengesahan

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, dua individu tersebut ditahan selepas mereka dilaporkan terlibat sebagai pejuang kumpulan militan Negara Islam (IS).

Jelasnya, PDRM mengambil maklum mengenai laporan penahanan rakyat Malaysia di Afghanistan namun setakat ini, mereka tidak mempunyai maklumat mengenai pembabitan rakyat Malaysia dengan aktiviti IS di negara terbabit.

Tambahnya lagi dalam satu kenyataan, siasatan kini masih sedang dijalankan berhubung kemungkinan berita dilapor itu membabitkan pejuang IS warga Malaysia yang memang berada di luar negara.

Terdahulu, media antarabangsa telah melaporkan dua rakyat Malaysia adalah antara enam individu yang ditahan pihak berkuasa Taliban di Kabul, Afghanistan selepas mereka dilaporkan terlibat dalam satu pertempuran , baru-baru ini.

Mereka dikatakan terlibat dalam cabang IS di Afghanistan yang lebih dikenali sebagai IS-K yang lebih cenderung menentang Taliban dan tentera Amerika Syarikat.

IS-K ini merupakan satu pertubuhan yang menjadi serpihan daripada anggota Taliban selain ia menyasarkan untuk menubuh pemerintahan khalifah di wilayah yang sebelum ini disebut Khorasan, kawasan yang merangkumi sebahagian Iran, Afghanistan dan beberapa bahagian Asia Tengah.

Rakyat Malaysia dilaporkan menjadi antara ribuan pejuang asing yang menyertai IS ketika kemuncak perang di Iraq dan Syria. Beberapa laporan sebelum ini menyebut 102 rakyat Malaysia sudah menyertai IS dan 40 dikatakan maut dalam pertempuran.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply