SHAH ALAM – Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini.
Pernohonan cerai itu atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Pagi ini, permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.
Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.
Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Sekadar info, Farid, 42, dan Diana, 32, berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6.
Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, berharap isu rumah tangganya dapat diselesaikan dengan jalan perdamaian.
Katanya, keengganannya melafazkan talak juga disebabkan masih sayangkan keluarganya.
“Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah.
“Saya masih sayangkan Diana dan tentunya, dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu menafikan wujud krisis antaranya dan Diana hingga membawa keretakan dalam hubungan mereka.
“Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah.
“Tanyalah Diana, apa masalah dia,” ujar Farid ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.
Biarpun berdepan konflik rumah tangga, Farid berkata, isu keretakan rumah tangga tidak langsung mengganggu emosinya.
“Ketika ini, saya sedang sibuk di lokasi penggambaran. Alhamdulillah, fokus saya kini lebih kepada mencari nafkah,” katanya.
Sumber: Kosmo
Baca Juga: Syamsul Yusof Enggan Ceraikan Puteri Sarah
Pelakon dan Pengarah Filem, Mohd Shamsul Md Yusof atau Syamsul Yusof, 39, dilaporkan enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, dalam prosiding penceraian di Mahkamah Rendah Syariah hari ini, lapor Sinar Harian.
Difahamkan pengarah filem ‘Mat Kilau’ bersama peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakilinya selaku defendan berkata demikian sewaktu di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas.
Manakala Puteri Sarah sebagai plaintif hadir bersama penguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Berikutan itu, kedua-dua pihak diperintahkan untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu.
Pasangan tersebut tiba di mahkamah pada jam 9.00 dan 9.38 pagi tadi bagi sebutan permohonan cerai yang difailkan oleh Puteri Sarah.
Permohonan Cerai
Puteri Sarah telah mengemukakan permohonan itu pada 16 Januari lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co. Susulan itu, sebutan kes itu telah ditetapkan pada 7 Mac 2023, maklum peguam Puteri Sarah kepada pemberita.
Kes itu memperuntukkan pihak plaintif dan defendan hadir sewaktu prosiding mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan.
Menurut laporan Bernama, pihak plaintif bersama anak-anaknya tidak lagi tinggal bersama defendan. Ia termasuk di rumah mentua atau di rumah mereka di Taman Melawati.
Terdahulu pada 8 Mac 2014, Syamsul dan Puteri Sarah secara sah bergelar pasangan suami isteri. Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia enam tahun dan Summayah empat tahun.
Sumber : Siakap Keli