Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan beliau mempunyai kepentingan dalam projek tanaman Musang King di Gunung Inas, di sini yang didakwa menjadi punca banjir dan kepala air melanda Kampung Iboi, petang kelmarin.

Didakwa Ada Kepentingan, Cuba Lindung Projek Musang King. 'Ini' Jawapan Sanusi...

Katanya, projek tanaman Musang King itu dijalankan sebelum beliau mengambil alih kedudukan sebagai Menteri Besar Kedah dan pihaknya juga sudah memberi arahan untuk menghentikan projek itu pada Julai 2020 selepas dua bulan menjawat jawatan itu.

Jelasnya, orang kata beliau seperti nak cover (lindungi projek) Musang King, jadi pi habaq (beritahu) tandak (takungan air) kampung (di gunung itu) pecah, tak betul tu (dakwaan projek Musang King jadi punca).

Ulasnya, buat apa hendak cover (lindung) kerana Musang King itu ditanam sebelum zamannya masuk (jadi Menteri Besar) pokok itu sudah ada.

Menurutnya, ada fakta dan angka untuk adil kepada semua. Hendak lindung siapa? Kita akan selamat apabila kita pegang kepada fakta dan angka.

Beliau berkata demikian mengulas kritikan bahawa kerajaan negeri gagal bertindak dalam soal projek tanaman Musang King di Gunung Inas, sehingga menyebabkan musibah banjir dan kepala air melanda sehingga menjejaskan 12 kampung dan mengorbankan tiga nyawa.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri berkata, pihaknya tidak mahu menyalahkan sesiapa termasuk orang kampung yang memerlukan tandak untuk menyalurkan air ke rumah masing-masing.

Katanya, sekarang bukan masa untuk saling salah menyalahi satu sama lain dan beliau tidak berhasrat menggalakkan rakyat untuk saling salah-menyalahi.

Beliau berkata, adalah ahli politik yang bijaksana ini pun awal-awal lagi dia dah kelepiak (tepis) dah kan…menitik dua tiga air mata dia blah (pergi) selamatlah. Orang lain tanggunglah pulak.

Beliau berpendapat, apabila jadi pemimpin, jadi kerajaan apabila saling salah-menyalahi, dan rasa masyarakat kita tidak akan ke mana. Jadi tidak bagus untuk benda itu.

Muhammad Sanusi menjelaskan kerajaan negeri sangat komited dalam pemuliharaan hutan apabila jumlah hutan gantian sedia ada pada keluasan 22,000 hektar melepasi kadar 15,000 hektar yang ditetapkan.

Katanya, penanaman pokok durian pula hanya dibenarkan pada kadar 20 peratus dalam kawasan ladang hutan sebelum ini.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply