IPOH: Semenjak pandemik bermula, Bandar Agacia atau popular sebagai Disneyland Malaysia di Kampar kini menjadi suram.

'Disneyland Malaysia' Bakal Kembali, Dapat Sinar Baharu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Oleh itu, kerajaan Perak sedia membantu untuk menghidupkan semula kawasan tersebut.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, berkata kawasan itu di bawah pengelolaan swasta, bukan Kerajaan Perak.

“Berikutan pandemik, pembangunan di kawasan itu agak perlahan. Sekarang mereka sedang berusaha untuk mendapatkan peniaga kembali ke kawasan berkenaan dan meneruskan pembangunan seperti yang dirancang,” katanya.

Beliau ditemui di perasmian Program Jelajah Integriti Pelancongan SPRM Perak (GIPS) 2.0 di perkarangan Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Meru hari ini.

Turut hadir sama di program tersebut iaitu Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad.

'Disneyland Malaysia' Bakal Kembali, Dapat Sinar Baharu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nolee Ashilin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah itu turut berkata,

“Saya sudah turun padang ke kawasan itu dua kali bagi bertemu pemaju dan kenal pasti apa yang boleh dibantu kerajaan negeri.”

“Mungkin kita akan membantu daripada aspek seni jalanan dan pasaran yang akan dibincangkan secara bersama melalui Majlis Daerah Kampar,” katanya.

Terdahulu, gambar keadaan terkini Bandar Agacia telah tular di media sosial dan dikatakan sudah menjadi seperti bandar terbiar.

Malah, ada juga sesetengah yang menggelarkannya seakan seperti pekan koboi lama tidak berpenghuni.

Warganet turut menzahirkan rasa kecewa dan bimbang jika bandar itu ‘mati’ dan ditutup selamanya seperti taman tema MAPS.

Bandar itu yang dahulunya meriah dengan kedatangan pelancong kerana struktur bangunannya yang unik.

Sementara itu, Nolee Ashilin berkata, program GIPS yang bermula hari ini hingga Jumaat itu turut mendapat kerjasama Tourism Perak.

Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan turut terlibat bagi meningkatkan kesedaran pentingnya integriti dijadikan amalan termasuk dalam industri pelancongan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply