Diusung Guna Kain Sejauh 7KM, Wanita & Bayi M@ut | Seorang wanita hamil dari Pinrang di Sulawesi Selatan dilaporkan meninggal dunia bersama bayi dalam kandungannya, ketika diusung menggunakan kain sarung sejauh 7 kilometer menuju ke hospital, lapor Detik.
Dr Moh Inwan Ahsan, Ketua Pengarah Hospital Lasinrang Pinrang, mendedahkan bayi tersebut meninggal dunia sejak dalam kandungan lagi.
Dr Inwan berkata, kemungkinan mati dalam kandungan, jadi apabila dia dilahirkan dia kelihatan tidak bermaya.
Jelasnya, setelah tiba di hospital, dia berada dalam keadaan yang tidak sihat dan kondisinya agak lemah serta mukanya yang pucat.
Oleh itu, pihak hospital mengarahkan kakitangan untuk membawa wanita itu ke bilik kecemasan dan dia menerima rawatan dan bantuan dari pakar obstetrik.
Selepas pembedahan dilakukan, didapati wanita itu mempunyai luka terkoyak dalam rahim dan bayi tersebut tidak dapat diselamatkan.
Beliau berujar, tetapi wanita itu, meninggal pada keesokan harinya di bilik rawatan kecemasan.
Inwan juga mengakui masih belum menerima laporan penuh mengenai kehamilan wanita itu sebelum dia bersalin dan tidak dapat mendedahkan sejarah kehamilannya.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, wanita berusia 33 tahun itu telah diusung oleh penduduk di daerah Lembang menggunakan kain sarung dan sehelai buluh menuju ke Kampung Bakaru bagi membuat persiapan menyambut bayi kelahirannya.
Ketua Kampung Muhammad Jafar berkata wanita itu pada awalnya dibawa ke Pusat Kesihatan Salimbongan namun dia dirujuk ke Hospital Lasinrang pada hari yang sama.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Wanita Sorok Kehamilan Dari Suami Dan Bvnuh Anaknya. Ini Sebabnya.
Wanita Sorok Kehamilan Dari Suami Dan Bvnuh Anaknya. Ini Sebabnya. | Kesempitan hidup menyebabkan seorang wanita dari Bengkulu, Kota Surabaya, Jawa Timur, Indonesia tergamak membunuh bayi lelakinya yang baru dilahirkan pada Khamis lalu.
Suspek yang berusia 33 tahun itu adalah ibu kepada tiga anak mengakui bahawa dia sebenarnya sudah tidak mahu mempunyai anak serta sudah mengikuti program perancang keluarga.
Namun apabila dia mengandung anak keempat itu, wanita itu bertindak menyorok kehamilan itu bukan sahaja daripada jiran terdekat malah suaminya sendiri.
Malah dia sanggup menipu dengan mengatakan mengidap kanser menyebabkan perutnya membesar.
Portal Kompas melaporkan, suspek sempat memberikan susu badan dan bayi lelaki tidak berdosa itu ditekup di bahagian mulut dan hidung sehingga tidak bernafas.
Wanita itu melahirkan anaknya tanpa bantuan sesiapa pada 8 Disember lalu sebelum membunuhnya.
Wanita itu menyatakan bahawa selepas bersalin, bayinya menangis sekali. Dia terus mendukung dan menyusukannya. Dia juga menekup mulut dan hidungnya dengan tangan.
Jasad bayi itu dimasukkan ke dalam beg dan disembunyikan di bilik sebelum dibuang.
Buat masa ini, polis mengesahkan motif wanita itu membunuh bayinya adalah kerana masalah kewangan.
Kes itu terbongkar selepas penduduk tempatan menemui jasad bayi itu dekat sebuah warung di jalan Menanggal V, Gayungan, Kota Surabaya pada Sabtu kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan.
Bayi itu diletakkan dalam selimut merah yang dibungkus dalam beg plastik dan kemudian dimasukkan ke dalam kotak.
Sementara itu, Ketua Polis Gayungan Polrestabes Surabaya Suhartono berkata, pihaknya menjalankan siasatan dan meminta keterangan beberapa saksi, termasuk pemilik warung.
Selain itu, pihaknya juga memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.
Menerusi rakaman CCTV, kelihatan seorang wanita yang disyaki membuang bayi dan datang menaiki basikal.
Selepas lima hari, polis mengesahkan suspek adalah ibu kandung mangsa.
Sumber: Harian Metro