Dr Noor Hisham Zahirkan Ucapan Takziah Atas Pemergian Siti Sarah | Pemergian seorang permata dalam seni suara Malaysia, Siti Sarah Raissudin,36, dirasai pelbagai pihak termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang dilihat turut mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi terkenal tersebut yang baru sahaja meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, baru-baru ini.

Dr Noor Hisham Zahirkan Ucapan Takziah Atas Pemergian Siti Sarah

Menerusi status yang dimuat naik dari Twitter beliau, Dr Noor Hisham turut menzahirkan takziah buat keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban ketika berhadapan varian Covid-19.

Media tempatan sebelumnya telah melaporkan bahawa isteri kepada pelawak terkenal serta usahawan, Shuib tersebut telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, pada Isnin.

Sebelumnya, Siti Sarah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang difahamkan merupakan anak keempat pasangan tersebut sebelum dia dilaporkan menerima rawatan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) berikutan oksigen beliau didapati turun mendadak dan tidak stabil.

Keluarga kepada penyanyi berkenaan dikatakan dijangkiti Covid-19 sejak 25 Julai yang lalu dipercayai dijangkiti oleh pembantu rumah mereka yang didapati dijangkiti wabak tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply