Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Dua Beradik Maut Termakan Buah Beracun Yang Disangka Buah Epal | Sepasang adik beradik dilaporkan maut selepas termakan buah beracun yang disangka sebagai buah epal.

Dua Beradik Maut Termakan Buah Beracun Yang Disangka Buah Epal

Kanak-kanak yang berusia tiga dan lima tahun itu telah memetik dan makan buah yang ditanam di kebun neneknya pada 17 Oktober lalu. Beberapa jam selepas mereka makan buah berkenaan, mereka dilaporkan mengalami muntah teruk.

Menurut Daily Star, kedua-dua mereka difahamkan telah makan dari pokok kecil yang dikenali sebagai ‘bola de toro’ atau ‘huevo de toro’ di kampung Montecitos yang terletak di perbandaran Rio de Oro, Colombia.

Agensi berita tempatan Noticias RCN melaporkan bahawa keluarga itu datang melawat negara itu daripada Venezuela semasa insiden terbabit.

Jiran mereka pada ketika itu menyatakan : “Kanak-kanak tersebut beranggapan bahawa buah itu adalah buah epal dan terus memakannya. Pada ketika itu, tiada yang aneh berlaku, namun selang beberapa jam kemudian mereka mula muntah dan menunjukkan simptom keracunan.

Kedua kanak-kanak itu terus dibawa ke Hospital Emiro Quintero Canizares dan menerima rawatan selama dua hari, menurut media tempatan El Pilon.

Bapa kepada kanak-kanak itu menyatakan: “Anak lelaki saya telah memakan sebanyak 6 biji manakala anak perempuan saya pula empat biji. Kami bawa mereka ke hospital supaya dapat dirawat, namun kami dari Venezuela dan insuran yang mereka ada tidak cukup, keadaan anak perempuan saya semakin teruk dan apa yang mereka mampu buat hanyalah dengan memberikan serum sehinggalah dia dimasukkan ke dalam ICU, di mana dia meninggal dunia selepas itu.”

Ibu bapa kepada kanak-kanak itu memutuskan untuk meminta pertolongan daripada Pejabat Ombudsman Colombia agar anaknya yang masih dirawat dapat dipindahkan ke hospital yang dilengkapi dengan peralatan yang lebih baik di Bandar Cucuta.

Walaupun pemindahan tersebut diluluskan, budak lelaki tersebut dilaporkan mengalami serangan jantung dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan dipindahkan ke hospital lain.

Kanak-kanak itu telah tiba di Colombia bersama ibu bapa mereka dari Venezuela yang telah mengalami krisis sosio-ekonomi dan politik sejak 2010.

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply