Dua Lelaki Ditahan Guna Monyet Untuk Merompak

| April 10, 2021 | 0 Comments

Dua Lelaki Ditahan Guna Monyet Untuk Merompak | Kes merompak kebiasaanya akan dilakukan oleh manusia namun apa yang terjadi di India agak unik kerana monyet yang digunakan sebagai modus operandi untuk tujuan merompak. Oleh kerana itu dua lelaki telah pun ditahan kerana telah menggunakan haiwan terbabit untuk tujuan merompak.

New Delhi: Dua lelaki yang telah menggunakan monyet bagi tujuan merompak sudah ditahan, kata polis New Delhi.

kedua-dua mereka ditahan selepas salah satu daripada mangsa rompakan telah membuat aduan mengatakan bahawa terdapat tiga orang lelaki mengepungnya dan merompaknya sebanyak 6,000 Rupee (RM332), kata salah seorang polis tempatan.

Pihak berkuasa seluruh India sebelum ini bergelut dengan ancaman monyet di New Delhi dan sekitar kawasan lain, di mana ia sering memasuki rumah dan juga mencuri makanan.

Bagaimanapun, ia menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang 1972 di sana untuk menangkap monyet.

“Ketika mangsa duduk di dalam teksi, penjenayah juga akan masuk ke dalam kereta yang sama dan menyuruh monyet duduk di depan dan belakang.

“Mereka akan mengambil duit di dalam dompet mangsa dan lari bersama,”kata pegawai itu.

Polis juga mengesyaki bahawa mereka juga merupakan dalang yang sama disebalik  beberapa kecurian yang berlaku dan satu pasukan khas ditubuhkan khusus untuk mengesan siapa pelakunya.

Pada Khamis lalu polis berjaya untuk menahan dua orang pelaku bersama ‘rakan’ haiwan mereka namun seorang lagi pelaku masih bebas.

“Semua monyet itu dihantar ke pusat haiwan. Kebiasaannya monyet ini dilatih sebagai penghibur jalanan di India dan kejadian haiwan menyerang penduduk dalah jarang.

Tahun lalu, sekumpulan monyet telah menyerang pasukan perubatan dan telah membawa lari sampel darah pesakit yang disahkan positif Covid-19 di Bandar Meerut, Selatan India.

Sumber: Metro

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *