Dua Penyokong Mati Dibunuh Semasa Perlawanan Bola Sepak. | SANTIAGO DE QUERETARO: Dua penyokong terbunuh manakala 20 lagi dikejarkan ke hospital susulan rusuhan yang tercetus ketika perlawanan liga di Mexico antara Queretaro menentang Atlas.

Dua Penyokong Mati Dibunuh Semasa Perlawanan Bola Sepak.

Rusuhan itu berlaku hanya sejam selepas pertembungan antara dua pasukan divisyen satu itu di Stadium Corregidora, semalam.

Khabar angin menyatakan 17 terkorban susulan rusuhan itu namun pegawai dari Koordinasi Perlindungan Sivil Queretaro mengesahkan 22 dihantar ke hospital manakala dua lagi berada dalam keadaan kritikal.

“Semua yang lain dalam keadaan stabil. Semua yang cedera adalah lelaki dan empat daripadanya berasal dari Jalisco.”

Laporan menyebut Queretaro sedang ketinggalan 1-0 menerusi jaringan Julio Firch ketika kekecohan itu berlaku dan memaksa perlawanan dihentikan pada minit ke-62.

Beberapa laporan menyatakan penyokong memasuki padang dan menyerang antara satu sama lain dengan ada yang menggunakan kerusi serta batang besi sebagai senjata.

Pemain segera masuk ke bilik persalinan dan pegawai keselamatan membuka pintu pagar ke padang bagi membolehkan keluarga dan kanak kanak berlari untuk mencari perlindungan.

Presiden Liga MX, Mikel Arriola berkata ‘keganasan yang tidak dapat diterima yang berlaku di Stadium Corregidora, Queretaro.’

“Mereka yang bertanggungjawab atas tahap keselamatan yang tidak memuaskan akan dihukum sewajarnya. Keselamatan pemain dan penyokong adalah keutamaan kami.

“Liga MX juga mengesahkan siasatan penuh akan dijalankan susulan insiden terbabit,” tambahnya.

Sumber: BH

Share.

Leave A Reply