Kemeriahan kempen Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15) mula terasa apabila bendera parti-parti politik semakin rancak dipacak di kawasan Parlimen masing-masing.

Pemasangan bendera parti ini boleh dianggap sebagai tradisi setiap kali menjelang pilihan raya kerana ia dapat menyemarakkan lagi semangat penyokong.

Dalam kemeriahan kempen pilihan raya, media sosial tidak pernah sunyi dengan berita-berita vandalisme bahan kempen seperti menconteng poster, mencabut dan mengoyakkan bendera parti serta pelbagai berita kurang enak lain.

Terbaharu, menerusi satu video yang dimuat naik di laman Twitter @nanmanjoi8715, tular rakaman aksi dua pemuda bermotosikal terlibat kemalangan jalan raya ketika melakukan vandalisme terhadap bendera yang dipacak di sepanjang jalan.

Dalam video berdurasi 26 saat itu memaparkan dua remaja lelaki sedang menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar.

Kedua-dua remaja berkenaan turut memaparkan aksi berbahaya sebelum pembonceng motosikal tersebut cuba menendang salah satu daripada bendera parti politik yang dipacak di tepi jalan berkenaan.

Tindakan remaja tersebut membawa padah apabila dia akhirnya hilang keseimbangan sekali gus mengakibatkan dia terjatuh di atas jalan raya.

Setakat ini video tersebut sudah mendapat lebih daripada 3,300 tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Rata-rata netizen merasakan tindakan remaja lelaki berkenaan sebagai perbuatan yang cetek akal sehingga mencederakan diri sendiri.

“Dah tak pasal-pasal menyakitkan diri sendiri. Mesti dia menyesal bertindak sedemikian,” katanya.

Salah seorang warganet pula berkata, kadang-kadang tuhan bayar cash. Tidak kisah parti mana sekalipun, jangan terlalu taksub sehingga mencederakan diri sendiri.

Sementara itu, salah seorang netizen yang dikenali sebagai Afiq menyifatkan ragam kedua-dua remaja berkenaan melucukan serta menghiburkan hatinya.

“Aduh, sakit perut aku ketawa. Mesti dia insaf tak nak ‘main’ politik selepas ini. Kesian kau dik, bersemangat nak tendang bendera tapi tak pasal-pasal jatuh,” tulisnya sambil memaparkan emoji ketawa.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.

Video tersebut  yang dimuatnaik oleh akaun Tiktok Majoriti Official juga telah mendapat hampr 200,00 tontonan.

@majoritiofficial

Aduhhh, tak pasal-pasal jatuh tersungkur. Nakal sangat kau ni dik. VIDEO PENUH DALAM ARTIKEL #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #PRU15 #vandalisme #budaknakal #fypage

♬ Aku Pasrahkan Diriku Sepenuhnya Saat Ini – Embun Senja

 

Sumber : Majoriti Official

Share.

Leave A Reply