Ebit Lew Taja Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Pakej Umrah Disember Ini | Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dilihat kembali aktif membantu orang ramai yang memerlukan bantuan sebaik sahaja pulang daripada mengejarkan umrah sejak seminggu yang lalu.

Ebit Lew Taja Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Pakej Umrah Disember Ini

Terbaru, Ustaz Ebit melawat ibu dan ayah kandung arwah Zulfarhan, penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Sebak sayu rasa ziarah mak ayah Arwah Zulfarhan UPNM. Selepas Subuh tadi saya terus ke Skudai Johor. Hari ini hari lahir arwah. 29 Nov. Saya niat hadiahkan tiket dan pakej umrah buat mak ayahnya disember ini. Syukur mereka gembira menerimanya. Segala puji bagi Allah. Menangis gembira terutama hari lahir arwah Farhan. Terasa macam anaknya sentiasa ada dekat.

Berat ujian mereka kehilangan anak tersayang. Arwah Zulfarhan rupanya sekolah menengah teknik johor bahru. Sekolah saya dulu. Maknanya junior saya dulu. Beliau anak yang baik. Anak sulung bercita-cita nak bawa keluarga pergi haji umrah.

Kata maknya tempat duduk ustaz tu tempat arwah berehat selalu. Sepanjang berbual dalam senyuman kedua ibubapanya asyik mengalir air mata. Sempat ziarah sekolah tempat maknya bekerja berjumpa guru dan rakan pejabatnya. Ayahnya bekerja bawa taxi. Baik sangat kedua mak ayahnya. Lemah lembut orangnya.

Mereka teringin sangat nak pergi haji atau umrah. Katanya syukur Allah jemput kami melalui ustaz.

Semoga Allah mudahkan segala urusan keluarga ini.

Sempat ziarah kubur arwah tadi. Berdoa bersama-sama. Ya Allah ampuni dan sayangilah keluarga Farhan ini. Berilah mereka kekuatan dan ketabahan melalui ujian hidup ini. Beri kesihatan yang baik buat keduanya dan adik-adik arwah Farhan.

Ebit Lew Taja Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Pakej Umrah Disember Ini

Ebit Lew Taja Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Pakej Umrah Disember Ini

Ebit Lew Taja Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Pakej Umrah Disember Ini

Sumber : Oh Bulan, Ebit Lew

Share.

Leave A Reply