England Sudah Mula Fasa Longgarkan Sekatan Covid-19 | Setelah mengesahkan telah lulus kepada empat ujian sekatan di England, negara tersebut telah mengambil keputusan untuk memulakan fasa seterusnya iaitu melonggarkan sekatakan dikala sedang melanda Covid-19.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa kelonggaran tersebut adalah berdasarkan sasaran jadual yang telah dilakukan sejak Februari yang lalu.
Jelas beliau, keputusan telah dibuat berdasarkan penilaian yang dilakukan oleh ketua perubatan berkenaan kadar kematian dan jumlah kemasukan hospital yang paling rendah sejak Julai. Tambahnya lagi, kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan tahap amaran di negara tersebut setelah membuat penilaian data.
Sokongan data juga didapati dapat membolehkan England memasuki fasa ketiga bagi longgarkan sekatan amaran bermula 17 Mei depan. Kelonggaran sekatan yang dimaksudkan adalah berkaitan pub, bar dan restoran boleh beroperasi dan menerima pengunjung.
Perhimpunan di kawasan terbuka juga adalah dibenarkan namun hanya dalam linkungan tidak melebihi 3 orang dalam satu perhimpunan yang dianjurkan.
Pelonggaran sekatan ini juga dapat membenarkan panggung-panggung wayang di sekitar England beroperasi seperti sediakala namun perlu ada penjarakan fizikal.
Johnson menzahirkan rasa syukur dan mengatakan bahawa England sekarang berada di landasan yang tepat untuk ke fasa seterusnya seterusnya menghapuskan semua sekatan perhimpunan pada 21 Jun depan.
Keputusan ini telah diumumkan sejurus England dilaporkan tahap amaran COVID-19 di negara tersebut kini telah berkurangan ke tahap tiga.
Sumber: Astro Awani