Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam kebakaran sebuah feri yang memaksa penumpang terjun ke laut, menurut pengawal pantai dan saksi.
Kebakaran berlaku di atas feri Mercraft 2 ketika ia membawa 124 penumpang dari Pulau Polillo ke Real di wilayah Quezon di pulau utama Luzon.
Operasi mencari mangsa yang terselamat sedang dijalankan, dengan 120 penumpang diselamatkan setakat ini, kata jurucakap Pengawal Pantai Filipina Commodore Armando Balilo.
Ketika kejadian terdapat seramai 134 penumpang dan kru di atas feri.
Gambar yang dikongsi pengawal pantai menunjukkan asap hitam tebal berkepul ketika api menyambar seluruh feri.
Kata Kapten Brunette Azagra, mereka dapat menyelamatkan 40 mangsa dengan dua maut selepas kapal penumpangnya berada 500 meter dari Merccraft ketika kebakaran berlaku.
Menurutnya lagi, mereka bernasib baik kerana kami juga datang dari Polillo. Mereka memintas kami, tetapi kami hanya berdekatan.
Sekurang-kurangnya 21 orang dibawa ke hospital, kata pegawai bencana bandar, Real Ricky Poblete.
Ujarnya, kapal itu masih jauh dari pelabuhan, kira-kira tujuh kilometer jauhnya.
Sumber: AP News