Siapa sangka walaupun berusia 14 tahun, seorang gadis di Louisiana, Amerika Syarikat didakwa cuba membayar pembunuh upahan bagi membunuh bekas kekasihnya semasa Hari Valentine.

Gadis 14 Tahun Cuba Upah Pembunuh Upahan Untuk Bunuh Bekas Kekasih

Memetik laporan New York Post, gadis tersebut telah ditahan oleh pihak polis selepas cuba membayar pembunuh upahan bagi membunuh bekas kekasihnya yang juga berusia 14 tahun. Difahamkan gadis ini membuat permintaan tersebut menerusi laman web palsu.

Gadis yang tidak didedahkan identitinya ditahan berikutan laman web RentAHitman.com bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa. Susulan daripada itu, remaja ini bakal dihantar ke Pusat Tahanan Juvana Baton Rouge Timur atas pertuduhan cuba membunuh.

Ujar peguam kepada gadis ini, Michael Nunnery, itu merupakan kali pertama anak guamnya melakukan jenayah juvana.

Ini adalah seorang kanak-kanak berusia 14 tahun, dia tidak mempunyai $5 (anggaran RM21) untuk membayar seorang pembunuh upahan.

Sumber : Oh Bulan

Share.

Leave A Reply