Gadis Dapat ‘Title’ Jutawan Segera Menang RM4 Juta Lepas Cucuk Vaksin | Seorang pelajar menjadi jutawan ‘segera’ selepas memenangi wang tunai berjumlah AS$ 1 juta (kira-kira RM 4.15 juta) selepas menjadi salah seorang daripada lebih 2.7 juta individu di Australia yang mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Gadis Dapat 'Title' Jutawan Segera Menang RM4 Juta Lepas Cucuk Vaksin

Lapor Daily Star, gadis yang dikenali sebagai Joanne Zhu berusia 25 tahun memenangi hadiah utama bagi kempen Million Dollar Vax yang dilancarkan di negara berkenaan bagi menggalakkan lebih ramai warga Australia untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

“Adakah saya sedang bermimpi? Saya tidak mempercayainya.”

Mengulas lebih lanjut, gadis ini menceritakan ketika mendapat berita gembira ini dia sedang bekerja dan apa yang paling mengujakan dia merupakan individu tunggal yang membawa pulang wang sebanyak itu.

Ujar gadis ini lagi, dia mahu berkongsi ganjaran tersebut bersama rakan-rakan dan ahli keluarganya yang menetap di China setelah dua tahun tidak bersemuka berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Gadis Dapat 'Title' Jutawan Segera Menang RM4 Juta Lepas Cucuk Vaksin

“Sekiranya sempadan negera sudah dibuka, saya mahu menerbangkan ahli keluarga saya dari China dan menaja penginapan mereka di hotel lima bintang bersempena Tahun Baru Cina.”

Sebelum ini, Perikatan Million Dollar Vax telah dibangunkan oleh sekumpulan dermawan dan syarikat bagi meningkatkan kadar vaksinasi dengan menawarkan hadiah lumayan kepada mereka yang menerima suntikan. Difahamkan, perikatan ini telah menyerahkan sejumlah AS$4.1 juta (anggaran RM 17.03 juta) kepada lebih 3,100 individu yang telah mendaftar.

Sumber : Oh BulanĀ 

Share.

Leave A Reply