Gadis Penjual Arak

| August 9, 2020 | 0 Comments

Gadis Penjual Arak | Assalamualaikum semua.. Terima kasih kepada admin siarkan kisah ni. Nama aku Abang Long. Baru tadi, aku singgah di kedai serbaneka depan rumah untuk beli barang dapur. Lepas apa yang jadi tadi, aku tergerak hati nak tulis kisah pendek nie. Harap pembaca dapat ambil tahu masalah yang tak berapa orang kita kesah, tapi aku rasa sangat penting untuk kita ketengahkan.

Tadi masa depan kaunter pembayaran, aku tengok customer non-Muslim depan
aku beli 6 tin arak. Adik cashier tu melayu Islam bertudung.

Aku rasa terkilan, sebab saudara seagama aku tengah masukkan arak dalam
plastik dan jual dekat customer tu..

Masa giliran aku dekat kaunter, aku rasa macam nak cakap pasal nie.. Nak
minta adik tu cari kerja lain, tapi rasa berat sangat nak luahkan. Dalam
otak aku, aku dah siap karang ayat..

“Dulu masa tahun 2010, abang pernah kerja part time dekat kedai macam
nie dik, tapi dalam ruang hospital. Jadi kedai yang abang kerja, tak
dibenarkan jual Arak dan rokok.

Sebagai orang Islam, kita tak boleh kerja jual arak macam ni.. Abang
cadangkan adik berhenti dan cari kerja lain.. Banyak lagi kedai runcit
macam ni yang tak jual arak, adik boleh minta kerja..”

Tapi apa yang aku karang dalam otak tadi, tak terluah pun depan adik
cashier tu.. Aku langkah slow motion ja sampai ke depan pintu kedai..

Nak sangat cakap, tapi tak terbuka mulut.. Betul apa yang Nabi cakap,
hanya dapat cegah dalam hati, dan itu la selemah-lemah iman..

Betul, dulu aku pernah kerja dekat cawangan kedai serbaneka yang sama
macam adik nie kerja. Cuma kedai tu dalam kawasan hospital.

Ada sekali tu, area manager suruh aku ganti orang dekat cawangan lain
untuk satu hari sebab short of staff.. Sungguh-sungguh aku bagi alasan
tak nak pergi.

Alhamdulillah sampai sekarang, aku tak pernah lagi terlibat dengan jual
beli arak nie.

Pasti semua pelajar Muslim yang habis belajar sampai SPM, pernah belajar
pasal 10 golongan yang dilaknat kerana terlibat dengan arak.

Teringat pulak video yang viral dua tiga tahun lepas pasal sorang
cashier, nangis-nangis pasal tak sanggup jual arak dekat Customer.

Customer tu rakam dan viralkan dekat media sosial. Customer tu tak tahu
muslim bukan setakat tak boleh minum, even jual arak pun tak dibenarkan..

Tapi kita yang Islam ni sendiri, tak pernah bersungguh-sungguh nak
provide solution kepada anak-anak muda untuk elakkan benda ni daripada
terus berlaku..

Diriwayatkan daripada Anas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat
sepuluh golongan yang terlibat dengan arak,

Orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang
yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak
kepadanya,

Orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual
arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak,
dan orang yang meminta dibelikan arak untuknya.

Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi.

Kalau rasa benda nie penting, share lah supaya sampai kepada orang
ramai, mak ayah yang anak dia kerja cashier macam nie, cikgu-cikgu,
adik-adik dan kawan kita..

Yang benar,

– Abang Long (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *