Gara-gara Berpuasa, Dua Bodyguard Dipukul Dan Diugut Bunuh Oleh Majikan | Khalifah Media Networks – Dua orang lelaki dipercayai bertugas sebagai pegawai peribadi dilaporkan telah dipukul sehingga mendatangkan kecederaan serta diugut bunuh oleh majikan di sebuah Kondominium berdekatan Jalan Pinang, Kuala Lumpur, di sini, baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamd Zainal Abdullah dalam satu kenyataan. Siasatan telah dilakukan dan mendapati kedua-dua mangsa bekerja di sebuah syarikat keselamatan. Mereka turut dilantik menjadi pengawal peribadi kepada seorang suspek yang berusia 43 tahun.
Tambah beliau, kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 10 malam di kediaman suspek. Selepas mereka dikatakan telah ditanya oleh suspek pada ketika itu sama ada mereka berpuasa pada waktu siang (hari tersebut). Namun selepas kedua-dua pengawal tersebut mengakuinya, suspek telah bertindak menampar kepala sebelum memarahi mereka akibat berpuasa.
Dipukul Bergilir-gilir
Mangsa turut dilaporkan dipukul secara bergilir-gilir di belakang badan mereka. Dengan menggunakan sebatang rotan oleh majikan dan salah seorang pekerja. Mjikan tersebut bertindak mengambil sepucuk pistol dari poket salah seorang mangsa. Malah mengacukan kearah mereka beserta ugutan berbaur menghina agama.
Kedua-dua mangsa dikatakan mengalami kecederaan lebam di bahagian belakang serta terdapat darah beku turut dilaporkan di belakang mereka akibat daripada insiden tersebut.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli, Polis Klang Selatan telah berjaya memberkas 4 individu yang disyaki terlibat dalam kejadian ini. Kes kini sedang disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan (kerana ugutan jenayah) dan 298 Kanun Keseksaan. Semua suspek dilaporkan bakal direman di Mahkamah Klang bertarikh 15/4/2021.
Sehubungan itu, Polis juga telah menegaskan bahawa kes ini tidak melibatkan sebarang isu perkauman serta menasihati agar masyarakat menggunakan media sosial dengan sebaik mungkin supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang dapat menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menjejaskan keharmonian negara buat masa ini. Tindakan tegas juga bakal diambil oleh pihak polis terhadap mana-mana individu yang bertindak di luar undang-undang.
Mangsa dilaporkan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut akibat dari insiden yang berlaku.
Sumber: Astro Awani