Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui orang ramai di sebuah gerai berhadapan pintu masuk sebuah universiti di sini hari ini.

GEMPAR! Penemuan BAYI Di Depan Pintu Masuk Universiti. Rupa-Rupanya...

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi memberi kenyataan berhubung kejadian ini.

Katanya, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan bayi tersebut pada pukul 9.10 pagi.

Siasatan awal mendapati Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri menerima panggilan telefon daripada seorang wanita.

Wanita itu memberitahu bahawa dia meninggalkan seorang bayi berdekatan sebuah universiti kira-kira pukul 8.20 pagi.

JKM negeri telah pergi ke tempat kejadian 20 minit kemudian dan menjumpai bayi perempuan tersebut.

Bayi perempuan itu masih bertali pusat dan diletakkan di dalam plastik berwarna hitam.

“Pada pukul 9.50 pagi, pihak perubatan tiba di lokasi dan membawa bayi terbabit ke Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan susulan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Mohsin, pihaknya dimaklumkan oleh pegawai perubatan HTF bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply