Geran Perniagaan adalah Peruntukan bantuan atau dana yang diberi oleh Kerajaan dan sektor swasta kepada para peniaga untuk tambah hasil jualan telah banyak ditawar kepada peniaga. Geran ini ada dalam banyak bentuk khusus yang ikut kepada diperlu peniaga itu sendiri.
DU@NCE
DU@NCER ialah dana yang direka sebagai titik mula untuk PKS Bumiputera yang layak untuk mencuba pelaburan baharu atau luaskan perniagaan selaras dengan Pelan Pembangunan Strategik NCER ( SDP2021-2025) dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) yang tumpu kepada sektor Industri teras di NCER.
- Projek Pembangunan Fizikal (RM1,000,000)
- Pembelian Mesin, Alatan dan Kenderaan (RM100,000)
- Pembelian Mesin, Peralatan & Perbelanjaan dibawah Ekonomi Digital (RM100,000)
Semak Syarat Kelayakkan di NCER Malaysia
BNM KEMUDAHAN AUTOMASI & DIGITAL PKS (ADF)
BNM Kemudahan Automasi & Digital PKS (ADF) ialah skim Pembiayaan oleh BNM untuk bantu PKS untuk ubah proses dan Digitalkan operasi untuk tingkatkan produktiviti dan kecekapan.
Ianya adalah untuk menggalakkan PKS untuk mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.
Jumlah pembiayaan Maksimum sehingga RM3 juta
Semak syarat kelayakkan di Skim BNM Kemudahan Automasi & Digital PKS (ADF)
GERAN MARA DIGITAL BIZ
Geran MARA Digital Biz ialah sebuah geran yang diberi oleh pihak MARA kepada para Usahawan yang mahu majukan Perniagaan mereka melalui Pemasaran Digital dan mampu meningkatkan jualan.
Jumlah maksimum pembiayaan sehingga RM20,000.00
info lanjut berkenaan Geran MARA Digital Biz
GERAN USAHAWAN PERAK (GERAK)
Bantuan Geran GeRAK 2024 dari Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STep) adalah geran “one off”.
ianya seperti kos beli alatan bagi mulakan Perniagaan. selain itu ia juga termasuk kos beli alatan dan mesin berkaitan bagi peningkatan produktiviti.
Kos Pendaftaran Pensijilan khas seperti MesTI/Halal/GMP/Barcode/Bayaran ruang pamer.
Kos yuran penyertaan bagi kursus yang berkaitan dengan kenaikan Produktiviti dan kos berkaitan aktiviti pemasaran dan Pemasaran Digital.
Jumlah kos hingga RM2,000.00
Info lanjut tentang GERAN USAHAWAN PERAK (GERAK)