13 Pot Steamboat Best Di Cameron Highland| Khalifah Media & Networks – Steamboat adalah makanan yang sinonim di Cameron Highland. Dengan suasana suhu yang rendah menjadikan Cameron Highland tempat tumpuan pelancong. Oleh itu, pot makan steamboat yang best di sini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Kali ini saya akan bantu anda mencari pot steamboat yang sangat best dan menarik dan wajib anda cuba jika kunjung ke Cameron Highland.

Semoga membantu!

1.  De Kayangan Steamboat & Grill – kedai makan

Lokasi kedai terletak di Brinchang Square, Cameron Highland. Tempat ini sangat popular dengan kuah tomyam yang menjadi kegilaan ramai. De Kayangan Steamboat & Grill sendiri pernah viral di Tiktok kerana keenakkan masakan di sini.

Paling best, di sini bukan hanya hidang seafood dan bahan sejuk beku saja tapi ada banyak menu spesial lain. Antara yang popular di sini adalah daging kambing panggang mereka. Banyak review dari pelanggan yang pernah datang dan cuba menu spesial ini rata mereka recommend menu kepada pelangan lain yang baru nak cuba.

Selain dari itu, yang menjadikan kedai ini sebagai pot steambot best dia Cameron Highland adalah kerana menu tambahan lain yang pertama ada di Cameron Highland iaitu belut, shellout dan sotong udang celup tepung.

Laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/dekayangansteamboatandgrill/

Kredit Imej: De Kayangan Steamboat & Grill
Kredit Imej: ZAZA AZMAN

2. Fern Restaurant – restoran

Jika anda peminat makanan Western dan Cina dan lepaskan peluang untuk kunjung ke Fern Restaurant. Banyak pilihan makanan yang ditawarkan dan bersesuaian dengan selera anda. Fern adalah hotel penginapan yang popular dalam kalangan pelancong di Cameron Highland. Namun kini, mereka telah buka restoran yang di jamin halal untuk orang ramai.

Menu utama mereka adalah steamboat dengan kuah yang padu dan makan bersama sayur segar dari Cameron. Kalau tidak mahu steamboat ada juga makanan western iaitu Meat Gril dengan menggunakan daging halal Cameron Highland sendiri.

Kalau nak buat kejutan sambutan hari lahir ka atau apa-apa sambutan boleh hubungi pihak restoran di bawah.

Laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/fernrestaurant/

Kredit Imej: Fern Restaurant
Kredit Imej: Fern Restaurant
Kredit Imej: Fern Restaurant

3. Highland Steamboat Cheese & Grill – kedai makan

Siapa yang tidak tahu lagi di Tanah Rata kedai makan Steamboat yang best adalah Highland Steamboat Cheese & Grill. Ruang makan kedai ini memang luas dan jamin keselesaan semua pelanggan mereka. Pilihan bahan steambaoat di sini memang tidak kedekut. Dari daging perap, sejuk beku, sampai pencuci mulut mereka semua sedap.

Yang menjadi tarikan utama di sini adalah cheese. Kepada peminat cheese anda wajib kena datang sini. Daging yang di grill makan bersama cheese cair kena pula angin sejuk di Cameron Highland memang menakjubkan.

Sekarang Highland Steamboat Cheese & Grill sudah ada cawangan kedua dengan dekorasi yang lebih cantik dan sangat sesuai untuk kaki gambar. Cawangan kedua mereka tidak jauh masih di Tanah Rata berhadapan dengan Mardi.

Laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/highland steamboatcheeseandgrill/

kredit Imej: Highland Steamboat Cheese & Grill
kredit Imej: Highland Steamboat Cheese & Grill
kredit Imej: Highland Steamboat Cheese & Grill

4. Y.A.Z Steamboat N” Grill – kedai makan

Kedai Y.A.Z Steamboat N” Grill menawarkan cara makan buffet yang sangat berbaloi. Konsep kedai ini layan diri di mana semuanya kita masak sendiri dengan periuk panas di meja. Paling berbaloi kerana pilihan bahan steamboat memang banyak, semua hampir 130 lebih bahan yang ada. Memang rambang mata lah kalau datang sini.

Di Y.A.Z Steamboat N” Grill sedia tempat duduk yang ‘Open Air’ kepada para pelanggan. Untuk jamin keselesaan dan kepuasaan sambil makan steamboat dan grill daging panas-panas dalam suhu malam yang sejuk.

Lokasi kedai terletak di S1-G-15 / S1-G-16 Cameron Somer Square, Golden Hills, Tanah Rata, 39000, Pahang. Kedai operasi setiap hari mula pukul 5 petang sehingga 11.30 malam.

Laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/yassteamboatngrill/

Kredit Imej: Y.A.Z Steamboat & Grill
Kredit Imej: Y.A.Z Steamboat & Grill
Kredit Imej: Y.A.Z Steamboat & Grill

5. Taman Apple Cameron Steamboat & Grill – restoran

Restoran steamboat dalam taman bunga terletak di Tanah Rata. Dekorasi kedai di penuhi dengan pokok bunga pelbagai spesies dan warna. Ditambah lagi dengan hiasan lampu yang menarik menambah vibe yang lain dari kedai yang ada.

Selain dari hiasan kedai, tempat menjadi viral kerana pilihan dari perap yang banyak jenis. Setiap perapan yang di buat memang kena dengan cita rasa rakyat Malaysia. kebanyakkan pelanggan yang pernah datang akan puuji daging perap di sini sedap dan wangi sampai dalam isi. Ada juga yang puji staff di sini baik dan tidak pernah biar ada bahan yang kosong.

Di sini memang port steamboat best di Cameron Highland. Jadi tunggu apa lagi, Taman Apple Cameron Steamboat & Grill wajib masuk dalam list anda.

Laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/tamanapplecameronsteamboatandgrill/

Kredit Imej: Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat & Grill
Kredit Imej: Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat & Grill
Kredit Imej: Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat & Grill

6. Kokak Mookata BBQ & Steamboat – kedai makan

Kedai ini sangat popular dengan pilihan kuah yang menarik dan unik. Selalu kita makan kuah tomyam, tapi di sini ada satu lagi kuah iaitu kuah Kokak. Rasa kuah ini pedas manis lemak ada yang kata hampir sama macam rasa laksa. Kalau anda nak cuba boleh terus datang sini. Nak booking dulu pon boleh saja.

Di sini juga popular dengan dessert yang banyak pilihan. Kalau pergi Cameron Highland mesti lah ada buah strawberi. Dekat Kokak Mookata BBQ & Steamboat ini ada sediakan buah strawberi makan pula dengan sos coklat memang best lah.

Menu dessert yang baru masuk adalah ais kacang. Di sini anda kena buat sendiri. Boleh lah letak banyak topping ikut cita rasa anda.

Laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/kokakmookatabbqandsteamboat/

Kredit Imej: Kokak Mookata Cameron Highlands
Kredit Imej: Kokak Mookata Cameron Highlands
Kredit Imej: Kokak Mookata Cameron Highlands

7. Opah Strawberries & Jams – kedai makan

Ramai yang kenal dengan kedai Opah Strawberries & Jams. Di sini popular dengan scones dan jams strawberi yang di buat sendiri dengan rasa buah yang asli. Kini Opah Strawberries & Jams telah buka menu baru iaitu buffet steamboat.

Walaupun Cameron Highland jauh dari laut tapi di sini makan laut sangat banyak dan segar. Paling best size besar dengan isi yang juicy. Selain itu, antara yang popular di sini adalah pilihan sos pencicah. Boleh campur-campur ikut resepi sendiri. Daging slice juga ada, boleh minta banyak mana yang anda mahu.

Kerana kedai ini agak popular dan menjadi destinasi yang wajib dikunjungi jadi sebelum datang jangan lupa buat tempahan meja dulu. Anda boleh layari Facebook di bawah.

Kredit Imej: Opah Strawberries & Jams
Kredit Imej: Opah Strawberries & Jams

Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 port makan best di Cameron Highland. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Cameron Highland ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

 

Share.

Leave A Reply