13 Pot Steamboat Best Di Kedah| Khalifah Media & Networks – Untuk yang kurang tahu, steamboat adalah sejenis makanan dengan menggunakan konsep ‘All You Can Eat’. Namun, ada juga kedai makan atau restoran steamboat yang gunakan sistem pesanan. Hal ini untuk elak berlaku pembaziran.

Sungai Petani merupakan daerah di negeri Kedah yang popular dengan tempat makan yang best. Dalam artikel kali ini, saya akan senaraikan 13 pot steamboat menarik yang ada di sekitar Sungai Petani.

1. Suca Hot Pot Riverfrontcity – kedai makan

Kedai Suca Hot Pot  Riverfrontcity berkonsepkan resepi dari Chinese Hot Pot tapi versi halal. Mereka jamin makanan yang banyak tanpa limit had untuk anda. Lagi menarik, hidangan makanan seafood dan sejuk beku memang banyak pilihan.

Kalau datang sini memang rambang mata untuk pilih!

Hiasan dalam kedai Suca Hot Pot Riverfrontcity semakin moden dan selesa. Tempat solat juga sedia ada untuk pelanggan yang beragama Islam.

Laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/sucahotpotriverfrontcity/

Kredit Imej: Suca HotPot Riverfrontcity
Kredit Imej: Suca HotPot Riverfrontcity
Kredit Imej: Suca HotPot Riverfrontcity

2. Santai By The Garden – kedai makan

Menjadi pot steambot best yang perlu anda lawati jika ke Sungai Petani, Kedah. Konsep makan steamboat dalam taman. Santai By The Garden menawarkan pilihan makanan steambot yang banyak sampai tidak terkira. Dari makanan seafood sampai ke menu pencuci mulut juga ada di sini. Tapi ingat, walau pun banyak yang dipilih jangan lakukan pembaziran.

Ruang makan sangat luas sesuai untuk makan dengan keluarga besar, buat reunion kawan ka atau secara berkumpulan. Sesuai juga kalau bawak anak-anak bersama.

Kredit Imej: Facebook JJCM Kedah
Kredit Imej: JJCM Kedah
Kredit Imej: JJCM Kedah
Kredit Imej: JJCM Kedah

3. Bendang Steamboat & Grill – kedai makan

Kedai makan steamboat kali ini menarik. Lokasi kedai yang sebelah dengan bendang sangat best. Sambil makan layan pemandangan bendang di sini memang seronok.

Ruang dalam kedai juga sangat luas dan boleh memuatkan 600 orang sekali dalam satu masa. Tidak risau lah kalau nak buat jamuan dalam kumpulan yang ramai. Bendang Steamboat & Grill berada di Kampung Padang, Tikam Batu. Kedai buka setiap hari dari pukul 5.30 petang sampai 12.30 pagi.

Laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/bendangsteamboatandgrill/ 

Kredit Imej: Bendang Steamboat & Grill
Kredit Imej: Bendang Steamboat & Grill
Kredit Imej: Bendang Steamboat & Grill

4. Popeye Steamboat & Grill – kedai makan

Kenal watak animasi Popeye? kalau iya, anda perlu datang ke Popeye Steamboat & Grill. Di sini, kedai menggunakan konsep animasi popular sebagai logo dan hiasan dalaman kedai. Dengan penggunaan kayu nampak suasana moden dan desa. Sesuai sangat untuk kaki ‘OOTD’.

Tentang makanan pula, jangan risau pilihan di sini banyak. Pengemar seafood mesti suka sebab paling banyak makanan seafood. Tinggal nak pilih ja, tapi sentiasa ingat makan jangan sampai membazir.

Kedai steamboat ini sangat best di Sungai Petani dan menjadi pot untuk steamboat bersama family dan kawan.

Laman Facebook rasmi:

http://www.facebook.com/popeyesteamboatandgrill/

Kredit Imej: Popeye Steamboat & Grill
Kredit Imej: Popeye Steamboat & Grill
Kredit Imej: Popeye Steamboat & Grill

5. Berangan Steamboat & Grill – kedai makan

Tidak tahu nak bawa keluarga ke mana kalau kunjung ke Sungai Petani? Datang lah ke Berangan Steamboat & Grill. Steamboat di sini menawarkan pakej harga yang murah dan berbaloi.

Menarik nya di sini, bukan hanya makanan steamboat ja ada, bakar, masakan panas, shell out dan western pun ada ya. Jangan lepaskan peluang untuk cuba rasai sendiri keenakkan steamboat yang di tawarkan di Berangan Steamboat & Grill.

Laman Facebook rasmi:

http://www.facebook.com/berangansteamboatandgrill/ 

Kredit Imej: Berangan Steamboat & Grill
Kredit Imej: Berangan Steamboat & Grill
Kredit Imej: Berangan Steamboat & Grill

6. Izzat Steamboat & Grill – kedai makan

Restoran steamboat dengan sentuhan korea dan konsep yang minimalis. Kedai di sini lengkap dengan hawa dingin untuk memberi keselesaan kepada pelanggan yang datang. Corong anti bau asap juga di pasang untuk mengurangkan risiko sesak dengan asap.

Siapa yang suka dengan tenangan boleh datang sini. Tempat ini masih baru tapi sudah viral di Tiktok kerana rekaan dalaman yang cantik dan makanan yang sedap.

Bukan itu saja, di Izzat Steamboat & Grill bukan hanya ada bahan steamboat tapi turut ada makanan lain yang menarik iaitu daging wagyu A5, baby octopus, dan smoked duck.

Untuk sebarang tempahan boleh layari laman web rasmi:

https://izzatsteamboatandgrill.com/ 

Kredit Imej: Izzat Steamboat & Grill
Kredit Imej: Izzat Steamboat & Grill
Kredit Imej: Izzat Steamboat & Grill

7. Azhar Steamboat & Grill – kedai makan

Lokasi kedai berada di Jalan Kolam Air, Kampung Bukit Sungai Pasir. Pilihan bahan yang banyak dan semuanya segar. Paling best di sini berkonsepkan ‘Open Air’. Di mana tempat duduk terbuka untuk menambahkan keselesaan kepada semua pelanggan yang datang. Makan malam akan lebih tenang dan selesa untuk semua.

Azhar Steamboat & Grill di buka setiap hari mula pada pukul 6 petang sehingga 12 malam. Sebarang perubahan waktu atau cuti kedai tutup akan di beritahu dalam facebook kedai.

Laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/azharsteamboatandgrill/

Kredit Imej: Azhar Steamboat & Grill
Kredit Imej: Azhar Steamboat & Grill

Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 pot steamboat best di daerah Sungai Petani, Kedah. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewtempatmakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Sungai Petani ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ya!

Share.

Leave A Reply