Google Maps Punca Rombongan Pengantin Lelaki Salah Rumah | Hari persandingan merupakan salah satu momen terindah buat semua pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Namun, berbeza buat pengantin lelaki dan rombongannya apabila mereka terpaksa menahan malu setelah rumah yang dimasuki mereka ternyata bukan rumah pengantin wanita.
Jawa: Hanya kerana menggunakan navigasi Google Maps, rombongan pengantin lelaki ini telah menimbulkan kekecohan apabila rumah yang dimasuki mereka rupanya bukan rumah pengantin perempuan sebaliknya rumah wanita lain yang turut mengadakan majlis iaitu majlis pertunangan.
Menerusi laporan Tribunews, wanita yang dikenali sebagai Ulfa,27, pada awalnya dia tidak menyedari ketibaan pengantin lelaki dan rombongan itu kerana dia sedang bersolek.
“Keluarga juga tidak kenal sangat ahli keluarga pengantin lelaki. Tetapi keluarga mengalu-alukan mereka dan upacara penukaran hantaran juga sudah diadakan.
“Bagaimanapun salah seorang dari rombongan secara tiba-tiba menyedari mereka tersilap rumah pengantin lalu bergegas keluar. Mereka dikatakan tersilap mengikut Google Maps dn memohon maaf,” katanya.
Menurut Ulfa, tunang dan rombongannya belum tiba kerana berhenti mencari tandas.
“Saya binggung dan terkejut kerana tidak mengenali sesiapa dari ahli rombongan berkenaan. Saudara ada bertanyakan kepada mereka siapa calon pengantin wanita dan ternyata bukan saya. Rombongan itu dari Pemalang sementara tunang saya dari Kendal.
“Akibat tersalah rumah, saudara membantu dan menghantar rombongan itu ke rumah pengantin wanita yang betul dengan jarak yang tidak jauh dari kampung ini.
“Kebetulan pada hari kejadian iaitu Ahad, dua majlis perkahwinan berlangsung dan boleh menimbulkan kekeliruan,”katanya.
Sebelum ini tular rakaman video yang dimuat naik di Instagram @makassar_iinfo tular hingga mendapat perhatian warganet.
Video tersebut telah ditonton lebih 218,000 tontonan disulami tawa dari tetamu dan keluarga pengantin wanita gara-gara tersilap rumah pengantin.
Sumber: Sinar Harian