Guru P4Iestln Maut Ditembak Polis Israel | Polis Israel dilaporkan telah bertindak kejam selepas dia dikatakan telah menembak mati seorang guru Palestin berdekatan pintu masuk pekarangan kompleks Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur, baru-baru ini.

Guru P4Iestln Maut Ditembak Polis Israel

Menurut agensi berita pihak Berkuasa Palestin, Wafa, lelaki yang mati ditembak itu dikenali sebagai Fadi Abu Shukhaidan, 42, dari kem pelarian Shuafat.

Dia dilaporkan telah ditembak mati selepas dituduh menjadi penyebab kepada kematian  seorang penduduk Israel selain mencederakan empat yang lain berdekatan pintu masuk ke pekarangan masjid tersebut.

Mangsa lain yang terlibat dalam pergelutan terbabit adalah melibatkan dua orang awam dan dua anggota polis rejim Zionis.

Difahamkan bahawa salah seorang dari mangsa tersebut adalah berusia 30 tahun dan dikhabarkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami akibat pergelutan yang berlaku.

Sebuah sekolah menengah dipercayai merupakan tempat di mana mangsa bekerja turut menjadi sasaran diserbu oleh pihak berkuasa Israel.

Beberapa anggota keluarga dan anak perempuannya di rumahnya turut ditahan pihak berkuasa rejim Zionis serta digeledah selepas kejadian itu.

Anggota-anggota pasukan khas Israel turut menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan golongan muda yang berada di rumah tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply