Mungkin Ramai Yang Tak Tahu, Boleh Buat Tuntutan Kerugian Pertunangan Jika Putus Tunang | Setiap yang berkasih semestinya menginginkan pengakhiran yang membahagiakan. Dimulakan dengan majlis bertunang bagi mengikut adat, dan disusuli dengan majlis pernikahan dan juga resepsi. Namun begitu tidak semua perancangan akan berakhir mengikut apa yang dirancang bersama seperti sebelumnya.
Ikatan pertunangan merupakan satu langkah awal sebelum sepasang pasangan menjejakkan kaki ke alam perkahwinan. Langit tidak selalunya cerah, sama juga sepertimana perhubungan diantara manusia. Sekiranya apa yang telah dirancang tidak dapat diteruskan dengan jayanya dan berakhir dengan perpisahan, satu pihak lagi haruslah mengetahui apa tindakan yang perlu diambil. Ini bagi memastikan segala persiapan dilakukan tidak menyebabkan kerugian.
Update kes awal dulu Tuntutan Gantirugi Pertunangan – Mahkamah Rendah Syariah Ampang
Kami tuntut RM25 ribu (catering, baju pengantin, hantaran dll)
Mahkamah benarkan RM24 ribu. Kira okay.Defendan perlu bayar secara ansuran RM500/sebulan.
— Syafiq Bahtiar (@syafiqsb123) December 20, 2019
Berdasarkan ciapan yang dibuat oleh seorang peguam, Syafiq Bahtiar, tuntutan gantirugi pertunangan boleh dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah bagi pasangan yang telah putus tunang. Terdahulu, beliau telah berjaya memenangi kes dimana mahkamah telah membenarkan tuntutan sebanyak RM24 ribu terhadap defenden.
Pada mulanya tuntutan adalah sebanyak RM25 ribu, namun pihak mahkamah telah memutuskan agar pihak defenden membayar sebanyak RM24 ribu kepada plaintif. Gantirugi tersebut perlulah dibayar secara ansuran sebanyak RM500 setiap bulan sehingga selesai.
Mahkamah telah membenarkan tuntutan rugi putus tunang sebanyak RM24 ribu bagi setiap kerugian yang ditanggung oleh plaintif. Antara kerugian yang ditanggung oleh plaintif adalah deposit katering, sewa baju pengantin, deposit cenderahati kepada tetamu dan juga kad kahwin. Semua pembayaran tersebut dilakukan untuk majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan.
Mahkmah benarkan tuntutan rugi putus tunang RM24 ribu atas sebab:
1. Resit deposit catering, sewa baju pengantin, deposit door gift & kad kahwin semua tersusun rapi
2. Slip transaksi online transfer diterima pakai oleh Mahkamah walaupun tiada resit rasmi Simpan resit elok-elok
Ciapan tersebut telah menerima 5,227 ulang kicau dan 4,404 tanda suka daripada pengguna aplikasi Twitter.
Dengan itu orang ramai haruslah mempunyai ilmu dan lebih peka terhadap setiap hak yang mereka ada. Dengan itu mereka dapat mengatasi setiap masalah yang berlaku dengan baik. Sekiranya setiap perkara dilakukan berlamdaskan jalan yang tepat, kerugian yang dihadapi semestinya dapat diatasi dengan baik tanpa perlu menanggung sebarang kerugian.
Sumber : Syafiq Bahtiar