Ibu Sakit, Ayah Pula Buta Disimbah Asid

| April 1, 2021 | 0 Comments

Ibu Sakit, Ayah Pula Buta Disimbah Asid| Sudah jatuh ditimpa tangga begitulah kata-kata yang sesuai untuk digambarkan buat keluarga ini apabila si ibu disahkan mempunyai kanser manakala sang ayah buta disimbah asid.

Kangar: Seorang pemuda sanggup berhenti bekerja sebagai mekanik demi menjaga ibunya yang menghidapi sakit kanser usus tahap tiga dan bapanya yang buta akibat disimbah asid dirumah mereka iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sena, di sini.

Pemuda yang diberi nama Quah Kah Boon,27, merupakan anak tunggal kepada pasangan itu telah memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah tragedi yang menimpa ayahnya Quah Swee Choong,55, pada September 2010.

Swee Choong menjadi orang kurang upaya (OKU) setelah disimbah oleh asid oleh seseorang yang tidak berpuas hati dengan beliau.

Menurut Kah Boon, dia juga menjaga ibunya Leong Mei Cheng,49, yang menghadapi penyakit kanser usus pada Januari 2010 sehingga terpaksa jalani pembedahan dan kimoterapi.

Menurutnya lagi keadaan ibunya baik sebelum menjadi teruk pada awal tahun lalu sehingga dia mengambil keputusan untuk berhenti bekerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu bagi menjaga kedua ibu bapanya.

“Saya tidak merasa terbeban menjaga ibubapa kerana mereka sudah menjaga saya sejak kecil, jadi sekarang adalah masa saya pula untuk membalas jasa mereka selama ini.

“Buat masa ini saya tidak dapat bekerja kerana ibu memerlukan bantuan saya untuk bergerak keran kedua-dua kakinya membengkak sehingga menyukarkannya untuk berjalan,”katanya.

Kah Boon mengatakannya ketika ditemui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan iaitu Gan Ay Ling di rumah mereka,semalam.

Beliau juga memaklumkan bahawa dia terpaksa mengeluarkan wang simpanan untuk menampung perbelanjaan harian.

Sementara itu, Mei Cheng berkata, suaminya menerima bantuan OKU daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan manakala dia pula menerima Rm 200 untuk bantuan sebagai penjaganya.

“Bagi rawatan kanser, adakalanya dia perlu pegi ke Hospital Alor Setar dan Pulau Pinang. Doktor ada menyuruhnya untuk mendapatkan rawatan kimoterapi namun dia menolak kerana tidak dapat menahan sakit,”.

“Buat masa ini dia hanya bergantung kepada ubat mengandungi morfin untuk menahan sakit,”ujarnya.

Dalam pada itu, Ay ling berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan bantuan JKM untuk Mei Cheng dan e-kasih melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

“Buat masa ini bantuan untuk Mei Cheng adalah penjaga kepada OKU dan mungkin ada bantuan lain yang boleh diberi memandangkan keadaan kesihatannya yang turut menderita sebagai pesakit kanser,”ujarnya.

Bagi orang ramai yang ingin membantu bleh menghubungi Kah Boon di talian 014-9449972 atau boleh berhubung terus dengan Ay Ling di 012-4012265.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *