Hanya 3 Orang Sahaja Dibenarkan Dalam Satu Kereta

| May 10, 2021 | 0 Comments

Hanya 3 Orang Sahaja Dibenarkan Dalam Satu Kereta | Bilangan orang di dalam kenderaan, teksi, e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang diumumkan semalam.

Hanya 3 Orang Sahaja Dibenarkan Dalam Satu Kereta

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

katanya dalam satu kenyataan , bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pada masa yang sama, beliau berkata, majikan diwajibkan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa.

Tambahnya, BDR sektor awam ditentukan oleh garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan akan terus menggunakan sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) untuk memantau premis dan kawasan hotspot Covid-19 serta mengambil tindakan susulan seperti yang telah diputuskan.

Beliau turut mengingatkan masyarakat untuk duduk di rumah jika tiada perkara penting yang perlu diuruskan.

Katanya, yang terbaik ialah duduk di rumah untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 dan bersama-sama kita hadapi gelombang ketiga ini dengan penuh disiplin.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *