Lebih 500 Kenderaan Di Sempadan Kelantan Diarah Berpatah Balik | Sehingga petang semalam, sebanyak lebih daripada 500 buah kenderaan yang cuba untuk memasuki negeri Kelantan telah diarahkan untuk berpatah balik oleh pihak berkuasa. Kesemua mereka cuba memasuki melalui tiga sekatan jalan raya utama memasuki negeri itu.

Lebih 500 Kenderaan Cuba Masuk Ke Kelantan Diarah Berpatah Balik

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, selain tiada surat kebenaran rentas negeri, pengguna jalan raya juga memberi alasan yang tidak munasabah. seakan bertindak nekad, ada juga sebahagian perantau, mencetak surat kebenaran rentas negeri yang dimuat turun menerusi laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa tandatangan serta cop kebenaran pihak berkuasa.

Ramai dalam kalangan mereka telah diarahkan untuk berpatah balik kerana tidak memiliki surat kebenaran rentas negeri dan malah terdapat juga yang bertindak verani dengan mencetak surat itu tanpa sebarang pengesahan daripada pihak polis.

Shafien Mamat menganggap tindakan itu sebagai satu tindakan untuk mencuba nasib, namun pihak polis berjaya mengesan cubaan mereka itu. Mereka diarahkan untuk berpatah balik sebelum dikenakan kompaun seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Paling ramai diarahkan untuk berpatah balik adalah di sekatan jalan raya sempadan Gua Musang dan Pasir Puteh.

Dari segi jumlah kemasukan kenderaan ke Kelantan beberapa hari kebelakangan ini, berlaku peningkatan sebanyak tujuh peratus berbanding hari biasa walaupun berstatus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). tinjauan di dua sekatan jalan raya dalam mukim Bunut Susu sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan tiga kampung iaitu Kampung Paya Ular, Tualang dan Bechah Palas yang berkuatkuasa pada tengah malam ini sehingga 22 Mei.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir. seramai 117 yang terdiri daripada anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terbabit dalam penugasan di 13 sekatan jalan raya sempena PKPD itu.

Tiga lokasi ini melibatkan 1,800 orang penduduk dan 500 buah keluarga. Pihak berkuasa merasakan tugasan kali ini tidaklah semudah sebelum ini kerana merangkumi kawasan yang luas. Mereka juga berjaya mengenalpasti 30 laluan alternatif  termasuk lorong tikus yang terdapat dalam kawasan ini namun yakin bahawa penduduk akan memberi kerjasama kepada pasukan petugas.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply