China Haramkan ‘Mukbang’ Untuk Elak Pembaziran Makanan | Trend ‘mukbang’ di youtube sememangnya menjadi salah satu cara sesetengah youtuber untuk menarik penonton. Hal ini kerana kebanyakkan youtuber yang melakukan ‘mukbang’ suka memakan makanan dalam kuantiti yang banyak sekaligus menjadikan penonton tertarik untuk melihat mereka menghabiskan makanan. Video ‘mukbang’ juga digunakan untuk menaikkan nafsu makan sesetengah penonton.
Namun, penyiaran video ‘mukbang’ ini tidak lagi boleh dilakukan di China berikutan pengharaman yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan negara itu.
Menurut laporan media, tindakan itu dilakukan bagi menjayakan kempen menggelakkan pembaziran makanan.
Larangan itu secara tidak langsung memberi kesan kepada video ‘mukbang’ yang telah dimuat naik YouTuber di negara berkenaan. Hal Ini kerana ada video seumpama itu sudah dipadamkan di media sosial China seperti di TikTok Douyin.
Difahamkan, undang-undang ini tidak terikat kepada youtuber dan pengguna media sosial sahaja sebaliknya pengusaha kedai makan atau restoran juga boleh didenda seandainya cuba mempromosikan dan mengelirukan pelanggan untuk membeli makanan dalam jumlah banyak.
Ini kerana tindakan sedemikian boleh mengakibatkan pembaziran.
Susulan langkah kerajaan negara itu, kebanyakkan restoran di China kini berhati-hati dalam menyediakan kuantiti makanan kepada pelanggan supaya makanan terbabit tidak membazir.
Terdahulu, sebuah restoran di wilayah Hunan dikatakan menawarkan menu khas dan menjual makanan mengikut berat badan pelanggan.
Sumber: Metro