Hanya Jalan Tertentu Dibuka Di Kawasan PKPD | Sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan adalah bagi mengelakkan orang ramai merentas negeri dan daerah atas urusan yang tidak penting. Tindakan ini diambil adalah bagi mengelakkan penularan wabak covid-19 yang semakin mengancam nyawa rakyat di negara ini.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bakal dilaksanakan di kawasan Jaya Gading dan Kawasan Perindustrian Gebeng. Perintah itu akan berkuatkuasa pada selasa depan sehingga 26 jun, dan hanya beberapa jalan tertentu sahaja yang akan dibuka sebagai laluan keluar masuk.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, sekatan jalan raya (SJR) dibuat di laluan berkenaan sebagai langkah kawalan. Pergerakan keluar masuk akan dikawal dengan rapi dan hanya mereka yang dibenarkan sahaja boleh untuk melakukan sedemikian.
Ketika ditemui selepas meninjau persiapan perlaksanaan penugasan PKPD di Jaya Gading di sini, pada tengah malam Isnin. Dia bekata bahawa dua lagi laluan dikawasan itu dikenakan tindakan penutupan bagi mengelakkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk melolos keluar ataupun masuk tanpa kebenaran.
Menurut Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Nor Asmaliza Ku Lah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud, lebih 9,000 penduduk terlibat bagi kawasan Jaya Gading manakala di Gebeng, PKPD hanya melibatkan kawasan industri.
Bagi kawasan Jaya Gading, kemudahan yang ada dalam kawasan ini mencukupi termasuk bank, pasar raya dan klinik kesihatan dan premis ini dibenarkan beroperasi mengikut SOP PKPD ditetapkan. Bagi Klinik Kesihatan Jaya Gading yang dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV), aktiviti itu juga dibenarkan dengan pemantauan pihak berkuasa.
56 pemain industri di kawasan perindustrian Gebeng juga bersedia dengan PKPD ini dan mereka memberi komitmen untuk mematuhi segala SOP ditetapkan.
Berkenaan laluan tikus yang ditutup dalam tempoh PKPD bagi daerah Kuantan yang berakhir pada 6 Jun lalu, Mohamad Noor berkata, pihaknya bercadang mengekalkan tindakan itu buat sementara waktu. Laluan terlibat yang ditutup sebelum ini, Jalan Jabor-Jerangau di sempadan daerah Kuantan, Jalan Jabor Lama-Alor Batu, Jalan Felda Neram-Bukit Kuantan dan Jambatan Tanjung Selangor-Cherok Paloh.
Perkara itu dirujuk kepada pegawai daerah dan Ketua Polis Pahang untuk dipertimbangkan memandangkan laluan itu dikenalpasti merekodkan kes pelanggaran SOP rentas daerah agak tinggi.
Sumber: Sinar Harian