Kemalangan jalan raya yang menimpa Izzat Aiman Zahari, 21 pada Jumaat lalu tidak hanya menyebabkan dia cedera pada badan, namun kedua-dua kakinya patah.

Apa yang lebih mengecewakan pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah harapannya untuk berada di atas pentas menerima skrol diploma yang diimpikannya selama ini.

Istiadat Konvokesyen universiti itu ke-16 dan ke-17 semalam juga tidak dapat dikunjungi apabila sekadar hanya mampu terlantar di katil Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.

Namun, itu bukanlah pengakhiran bagi diri mahasiswa dari Jitra, Kedah itu apabila Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Ts Dr Zaliman Sauli yang mendapat perkenan Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hadir tetap melaksanakan pengurniaan diploma itu dengan hadir sendiri menyampaikannya kepada Izzat Aiman di hospital berkenaan semalam.

Ibu kepada Izzat Aiman, Rafeah Nasiran, 53 berkata, dirinya berasa bersyukur dengan keprihatinan UniMAP.

“Memang ini sudah menjadi impiannya selama ini untuk menggenggam skrol Diploma Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik.

“Malah, untuk istiadat konvokesyen kali ini, dia sepatutnya menerimanya bersama-sama dengan kakak sulungnya, Izzati yang turut sama tamat pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Mikroelektronik di mana kakaknya itu menerima skrol ijazah itu pada Ahad dan Izzat Aiman pula, (pada) Isnin,” katanya ketika ditemui di HTF, di sini malam tadi.

Izzat Aiman kini sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrik.

Sumber: Harian Metro

 

Baca Juga: Ingatkan Kain Buruk, Warga Emas Terkejut Jumpa Mayat Dalam Semak

Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dalam kawasan semak di Lorong Cempaka, Kampung Sungai Kajang, di sini, semalam, sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.10 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan menemukan mangsa berusia 40-an terbaring dengan kesan kecederaan pada kepala.

“Berhampiran mayat mangsa, terdapat sebuah motosikal jenis Modenas dan jarak antara kedua-duanya kira-kira tiga meter,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Beliau berkata, pegawai perubatan tiba di lokasi kejadian pada jam 2.30 petang.

“Hasil siasatan mendapati kematian ada unsur jenayah berdasarkan luka pada kepala mangsa.

“Selain itu, lelaki itu juga dipercayai bukan warga negara kerana tiada tanda suntikan BCG,” katanya.

Menurutnya, Unit Anjing Pengesan (K9) cuba menjejaki suspek namun tidak menemui sebarang maklumat.

“Siasatan di lokasi kejadian turut dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Pada masa sama, hasil keterangan pemilik motosikal Modenas menyatakan kenderaan itu telah dijual pada 2019 tanpa tukar nama,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Katanya, proses bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan di Hospital Sungai Buloh pada jam 2 petang esok dan siasatan lanjut kes masih dijalankan secara menyeluruh.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki terkejut apabila objek disangka kain buruk, rupa-rupanya mayat seorang lelaki di kawasan semak.

Mayat itu ditemukan Toriman Marsaid, 66, yang mengayuh basikal selepas selesai minum di sebuah kedai makan.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply