Harapan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Kepada Semua Rakyat Malaysia.| Pagi ini Majlis Angkat sumpah bagi 6 orang anggota kabinet sebagai Ahli Dewan Negara. Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah salah seorang selepas beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), berazam menghapuskan amalan politik yang hanya berdasarkan sentimen semata-mata.

Mufti Wilayah Persekutuan itu menegaskan, semua lapisan masyarakat perlu berusaha memupuk keharmonian ke tahap paling tinggi.

“Sifat toleransi, kasih sayang, rahmah dan hormat-menghormati perlu ada dalam setiap diri kita. Insya-Allah, badai politik semata-mata kerana sentimen dapat dibanteras.

“Marilah bersama-sama kita berpijak di bumi nyata dan katakan inilah negara kita cintai serta cuba bina sebaik mungkin.

“Kami mengharapkan sejumlah besar doa daripada seluruh rakyat Malaysia untuk kita sama-sama bina negara yang aman damai,” katanya ketika ditemui selepas sesi angkat sumpah Ahli Dewan Negara di sini, hari ini.

Share.

Leave A Reply