Harga Beras Malaysia MADANI 1kg, 5kg, 10kg & Saluran Aduan | Beras putih Malaysia MADANI diperkenalkan pada tanda harga baharu iaitu RM30 bagi kampit 10 Kilogram (kg), RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg), berkuat kuasa 19 Februari 2024. Shopee juga telah memberi diskaun hingga 25% untuk pembelian barang dapur
Nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia dan oleh itu kita patut cakna setiap turun naik harga beras di negara kita.
Harganya ditentukan dari segi jenama, gred, jenis dan banyak lagi. Namun, akhir – akhir ini harga ini dikatakan telah naik mendadak di mana kadar kenaikannya mengejutkan orang ramai dan menurut KPDN sendiri, beras import telah naik dari RM33 kepada RM39.
Shopee berikan diskaun hingga 25% untuk pembelian barang dapur melalui Shopee Foodie Mart.
Untuk makluman, sekitar 90 peratus beras di pasaran adalah beras putih tempatan dan import manakala baki sekitar 10 peratus lagi adalah beras wangi, beras pulut, basmati dan beras istimewa lain seperti beras Jepun.
Majoriti beras putih adalah beras putih tempatan, malah bakinya beras putih import.
Beras tempatan dikenakan harga siling dan menjadi penanda aras kepada beras putih import dimana jurang perbezaan keduanya adalah kecil.
Beras wangi biasa menjadi pilihan masyarakat Cina, beras basmati menjadi pilihan restoran mamak dan Arab, beras pulut untuk dibuat kuih muih, ketupat atau lemang, dan beras jepun di restoran Jepun.
Kerajaan juga memahami serta prihatin akan nasib rakyat yang tidak dapat keadilan semasa urusan jual beli. Berikutan dengan harga beras import dan tempatan yang di jual mahal pada masa sekarang.
Satu pemantauan khas akan dibuat pada setiap hari bermula pada 11 September 2023 melibatkan semua kategori premis pemantauan iaitu pasar basah, Hypermarket, Supermarket, pasar mini dan kedai runcit. Pemantauan khas beras ini akan diselia oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH).
Penjelasan Tentang Kenaikan Harga Terkini Di Malaysia
Dalam bulan ini, media sosial telah digembar – gemburkan dengan kenaikan harga mendadak.
Penjelasan Isu Kenaikan Harga Beras (September 2023)
Apa yang perlu anda tahu?
- Tahukah anda ada 2 jenis beras yang dijual di pasaran?
- Kenapa harga beras import naik begitu tinggi?
- Apa kesan kenaikan harga beras import kepada beras tempatan?
- Apakah risiko jika perbezaan harga beras import semakin tinggi berbanding beras tempatan?
- Apa langkah kerajaan untuk atasi isu kekurangan beras tempatan?
Sila rujuk penjelasan lanjut oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu yang telah menerangkan isu ini melalui media sosial beliau pada 9 September 2023.
KPKM telah melancarkan talian hotline 03-8870 1751 / 1748 / 1183 bagi memudahkan orang ramai salurkan info – info tentang bekalanan atau penyelewengan yang dikesan oleh mereka.
Laporkan Pada Yang Ambil Kesempatan!
Jika ada premis – premis yang cuba naikkan harga beras yang tidak mengikuti harga standard, kita sebagai pengguna jangan berdiam diri dan biarkan perkara itu terus berlaku.
Kita perlu ambil peduli dengan melaporkan di Ez Adu. Jadi pengguna berhemah, aduan anda itu semestinya memanfaatkan untuk semua masyarakat.
Berikut antara tangkap layar dan perkongsian harga terkini yang dimuat naik di media sosial.
Akta Kawalan Harga Beras Di Malaysia
Bagi yang tidak tahu, beras adalah barang terkawal.
Oleh itu peniaga tidak boleh menaikkan harga sesuka hati lebih – lebih lagi beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5).
Harga kawalan beras putih tempatan telah pun ada di dalam Akta Kawalan_Padi Dan_Beras 1994 (Akta 522).
Walaubagaimanapun, harga untuk beras putih import tidak ada dalam akta ini.
Sila rujuk gambar di bawah untuk melihat harga – harga maksimum beras jualan secara borong dan runcit:
Harga-Harga Maksimum Beras Jualan Secara Borong & Runcit
HARGA DAN GRED BERAS (Sumber jadual oleh Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras
Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan)
Dapatkan variasi baran keperluan melalui Jualan Rahmah untuk bantu anda lebih jimat setiap bulan.
Harga Beras Import & Harga Di Sabah / Sarawak
Mungkin ramai yang masih tidak tahu, harga beras tempatan negara masih ikut standard. Dan harga ini kekal sejak tahun 2008 lagi. Bukan itu sahaja, malah ianya yang terendah di rantau ini.
Dan beras import yang alami kenaikan harga itu, bukan semata – mata untuk menguntungkan sebelah pihak sahaja. Ada faktor – faktor yang perlu diambil kira sebelum harga itu dinaikkan.
Adalah menjadi satu kesalahan jika menukar label atau bungkusan beras tempatan. Tindakan undang – undang akan diambil ke atas mana – mana pihak yang dapati membuat perihal palsu tentang kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730].
Hal ini untuk memastikan bahawa rakyat dapat info yang tepat tentang produk beras tempatan. KPDN juga menegaskan kepada mana – mana individu/ firma yang punyai kaitan agar sering patuhi perundangan yang telah tetap.
Mari bersama – sama kita pastikan bahawa label dan bungkusan beras tempatan adalah benar, dan hak kita sebagai pengguna dapat dilindungi.
Semakan Harga Terkini Beras 5kg & 10kg
Harga ini memang ada naik dan turun bergantung pada permintaan dan faktor – faktor lain.
Walaupun jenis dan jenama yang sama, dua kedai runcit yang berlainan juga boleh menjual beras yang sama pada harga yang berlainan.
Antara laman web yang boleh digunakan untuk membuat semakan harga beras terkini adalah Iprice melalui pautan https://iprice.my/groceries/rice/
Aduan Harga
Seandainya anda punyai aduan tentang salah laku isu beras, apa yang perlu anda buat?
Anda juga boleh terus hubungi Kementerian Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui https://eaduan.kpdn.gov.my/ atau terus melalui Whatsapp di talian 019 – 279 4317 / 019 – 8488 000 (rujuk info dalam poster di atas)
Ayuh, lapor peniaga yang ambil kesempatan ini!
Jika ada premis – premis yang cuba menaikkan harga yang tidak ikut harga standard, kita sebagai pengguna jangan berdiam diri dan biarkan perkara itu terus berlaku.
Kita perlu ambil peduli dengan lapor isu ini di Ez Adu. Jadi pengguna yang bijak, aduan anda itu akan memberi manfaat untuk semua masyarakat.
Dapatkan Jasmine Basmathi King Beras Basmathi dengan harga yang terbaik di SINI.