Harta Sajat Berjaya Dibida Seorang Lelaki Berharga RM132,000 | Seorang lelaki dilaporkan berjaya membida barangan lelongan di kediaman usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat pada harga RM132,000 di sini, hari ini.

Harta Sajat Berjaya Dibida Seorang Lelaki Berharga RM132,000

Antara barangan yang disita untuk lelongan itu adalah barangan dapur, barangan di ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat berkenaan.

Proses lelongan terbabit dilaporkan telah disertai lapan pembida dan berkurang kepada tiga pembida sebelum bidaan dibuat sebanyak enam kali dengan bidaan berakhir bernilai RM132,000.

Ketika ini, pihak peguam masih menunggu pembayaran dibuat sepenuhnya oleh pembida terbabit.

Sementara itu, dilaporkan seorang wanita yang berhasrat membeli barangan Sajat yang dilelong, pulang hampa berikutan proses pendaftaran untuk bidaan barangan berkenaan ditutup.

Wanita itersebut yang mahu dikenali sebagai Linda, 37, dari Mont Kiara, Kuala Lumpur tiba agak lewat dan cuba merayu untuk masuk namun tidak dibenarkan kerana proses bidaan sudah bermula.

Ketika ditemui media di luar rumah usahawan kosmetik itu, dia tertarik dengan barangan dekorasi yang sering ditonjolkan Sajat dalam media sosial sebelum ini.

Dia memberitahu bahawa tidak kisah berapa nilai barangan itu asalkan dapat membida walaupun mengakui bukanlah pengikut media sosial sajat sebelum ini namun kerana hiasan rumahnya yang membuatkan dia tertarik.

Baginya, ini bukanlah rezeki walaupun sudah bawa deposit RM5,000 kerana dimaklumkan proses pendaftaran sudah ditutup.

Sumber: Harian Metro 

Share.

Leave A Reply