(Ada Video) Apa Hukum Pakai Susuk Untuk Tampak Cantik Depan Suami? Ini Jawapan Ustaz Mengejutkan Ramai | Susuk adalah sebuah benda asing yang gaib kemudian diletakkan ke tubuh atau di bahagian tertentu seseorang. Ia juga mempunyai saiz berukuran kecil serta diperbuat daripada logam, jarum, emas, namun sudah ‘dijampi’ dengan mantra-mantra khusus.

(Ada Video) Apa Hukum Pakai Susuk Untuk Tampak Cantik Depan Suami? Ini Jawapan Ustaz Mengejutkan Ramai

Tujuan dan objektif meletakkan objek ini adalah bertujuan untuk menarik minat lawan jenis, meningkatkan daya tarikan, meningkatkan stamina, atau apa sahaja yang disarankan oleh orang yang ingin memakainya.

Objek kecil ini kemudiannya ‘ditanam’ di beberapa bahagian mengikut kehendak pesakit seperti di mata, pipi serta dagu. Biasanya pesakit pasti tergoda melihat hasil daripada pemakaian susuk. Malah,  aura dalam badan kita yang lebih terpancar dan membuatkan si pemakainya berbeza dan nampak luar biasa dari sebelumnya.

Dalam Islam sendiri, susuk sudah terkenal sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Susuk pada zaman itu disebut dengan ‘At-tiwalah’. Kemudian, sejak zaman itu pula, Rasulullah SAW menyatakan bahwa memakai susuk termasuk perbuatan syirik. Berikut sabda Rasulullah SAW terkait dengan pemakaian susuk:

“Sesungguhnya jampi, jimat dan ‘tiwalah‘ adalah kesyirikan.” [HR.Ibnu Majah dan Ahmad]

Kemudian, dalam Shahih Ibnu Hibban, Sahabat bertanya kepada Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘Anhu:

 “Wahai Abu Abdurrahman, tentang jampi dan jimat kami sudah faham, lalu apa yang disebut dengan ‘at-tiwalah‘?” Beliau menjawab, “Sesuatu (susuk) yang dibuat dan didakwa dapat menjadikan suami lebih cinta kepadanya.”

Jadi apa sebenarnya hukum memaki susuk yang bertujuan untuk tampil lebih cantik di hadapan suami? Mari kita dengarkan kupasan lebih lanjut mengenainya menerusi video di bawah.

 

Share.

Leave A Reply