Helikopter Bertembung: Empat Terbunuh, Tiga Cedera Parah | EMPAT penumpang terbunuh, manakala tiga lagi cedera parah dalam nahas dua buah helikopter bertembung di Gold Coast, Selatan Brisbane, Australia pada Isnin.

Helikopter bertembung: Empat terbunuh, tiga lagi cedera parah di Gold Coast

Menurut laporan agensi antarabangsa, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang waktu tempatan di lokasi pelancongan itu.

Siasatan awal mendapati bahawa kedua-dua helikopter berkenaan bertembung sesama sendiri, sebelum terhempas di beting pasir tidak jauh dari pantai Sea World Resort.

Difahamkan, ketika kejadian tersebut kira-kira 13 penumpang menaiki kedua-dua buah helikopter berkenaan.

Enam penumpang lain telah mengalami kecederaan ringan termasuk luka akibat terkena serpihan kaca dan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Menurut Angus Mitchell, iaitu Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian itu.

Pegawai penyiasat ATSB dari Brisbane dan Canberra telah dikerahkan ke lokasi kejadian itu untuk menjalankan siasatan terperinci.

Laporan awal hasil siasatan dijangka akan dikeluarkan dalam tempoh enam hingga lapan minggu lagi.

Sumber: Astro Awani

 

Artikel Lain

Tujuh Ditemui Maut Dalam Nahas Helikopter Terbabas

Sebuah helikopter yang hilang daripada radar trafik udara pada Khamis telah ditemukan dan kesemua tujuh penumpang disahkan terkorban, menurut pihak berkuasa Itali, baru-baru ini. Tujuh Ditemui Maut Dalam Nahas Helikopter Terbabas

Seorang pengembara yang melalui kawasan berhampiran Monte Cusna, sebuah gunung di wilayah tengah Itali Emilia Romagna berhampiran sempadan dengan Tuscany menghubungi pihak berkuasa selepas menemui serpihan bangkai pesawat itu, lapor Reuters.

Menurut laporan, seorang juruterbang, seorang warga Itali termasuk empat warga Turki dan dua rakyat Lubnan terkorban dalam nahas itu.

Pihak berkuasa Itali telah menjalankan operasi mencari bagi mengesan helikopter dan penumpangnya sejak Khamis.

Helikopter itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari bandar Tuscan Lucca ke Treviso, sebuah bandar yang terletak di utara Venice.

Tujuh Ditemui Maut Dalam Nahas Helikopter Terbabas

Pegawai Itali masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai punca nahas.

Pihak berkuasa tempatan berjaya menemukan lima mayat pada Sabtu. Beberapa jam kemudian, dua lagi mayat ditemukan.

Sumber: Reuters

 

(Video) Helikopter Terhempas Berhampiran Pantai Sesak Dengan Pengunjung

(Video) Helikopter Terhempas Berhampiran Pantai Sesak Dengan Pengunjung | Miami: Dua individu dimasukkan ke hospital, pada Sabtu, selepas helikopter dinaiki mereka terhempas ke dalam lautan di luar pantai di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Polis Miami Beach menerusi ciapan di Twitter memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai nahas itu pada 1.10 tengah hari.

“Polis dan @MiamiBeachFire bergegas ke tempat kejadian bersama beberapa agensi lain,” ciapnya.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) juga bertindak balas terhadap nahas itu.

“Terdapat tiga penumpang di atas kapal. Dua daripadanya dikejarkan ke hospital,” kata polis, sambil menambah kedua-duanya berada dalam keadaan stabil.

Video yang dimuat naik bersama ciapan di Twitter itu menunjukkan sebuah helikopter jatuh ke Lautan Atlantik tidak jauh daripada kawasan orang ramai berenang atau berjemur di pantai yang sesak itu.

Bekas Inspektor Jeneral Jabatan Pengangkutan AS, Mary Schiavo berkata di CNN bahawa video itu menunjukkan helikopter itu kelihatan kehilangan kuasa enjin.

“Terdapat dua perkara penting di lapangan. Satu, juruterbang sudah dilatih dan kedua, dia dapat mengekalkan kawalan kerana sebaik sahaja kehilangan enjin, helikopter dipandu tiada tempat untuk dituju namun trajektori terkawal ke bawah,” katanya.

Katanya, berdasarkan pemerhatian terhadap menonton video itu, juruterbang terbabit dapat mengelak pengunjung pantai ketika helikopter itu terhempas.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply