Hukum Penjara 5 Tahun Jika Sebar Covid-19 Di Arab Saudi | Penyebaran wabak Covid-19 oleh seseorang sememangnya akan memberikan impak yang besar terhadap negara. Hal ini berikutan akan wujud kluster-kluster yang akan menyebabkan penularan Covid-19 tidak lagi dapat dibendung. Berikutan itu, kerajaan Arab Saudi mengambil keputusan untuk bertindak tegas kepada sesiapa yang menjadi punca kepada penularan wabak Covid-19 ini.

Hukum Penjara 5 Tahun Jika Sebar Covid-19 Di Arab Saudi

Jeddah: Individu yang didapati menyebarkan wabak Covid-19 secara sengaja dan merisikokan kesihatan awam di Arab Saudi akan dijatuhkan hukuman yang berat.

Jabatan Pendakwa Raya Arab Saudi dalam satu kenyataan pada jumaat berkata, individu yang disabit dengan kesalahan boleh dipenjarakan sehingga lima tahun dan denda sehingga SR500,000 (RM547,000), manakala warga asing akan diusir dan dilarang kembali ke negara itu dan sekiranya kesalahan terbabit diulang hukuman akan digandakan.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika pihak berkuasa kesihatan memberi mengenai lonjakan kes harian Covid-19 di Arab Saudi yang dikatakan berpunca dari sikap orang ramai.

Ia termasuklah dengan berkumpul di kawasan awam, perjumpaan melebihi had kapasiti umum yang telah ditetapkan serta tidak mematuhi penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan membasuh tangan.

Arab Saudi mencatatkan kes baharu melebihi 1,000 untuk lima hari berturut-turut, dengan terbaharu 1,072 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 411,263 kes dikesan di negara itu sejak permulaan pandemik.

Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 477, disusuli Makkah (236) dan Wilayah Timur (164), manakala kawasan lain di negara itu merekodkan kurang 50 kes, dengan Baha dan Jouf masing-masing hanya mencatat 10 kes.

Arab Saudi juga merekodkan 9,874 kes aktif, dengan 1,224 berada dalam keadaan kritikal, selain 394,529 kes sembuh yang direkodkan.

Kadar kes sembuh di negara itu ialah 95.9 peratus. Jumlah kematian pula meningkat kepada 6,887 kes selepas sembilan lagi kes direkodkan.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Arab Saudi memaklumkan hampir 22.9 peratus penduduk atau lebih lapan juta dos vaksin Covid-19sudah diagihkan di 587 pusat vaksin diseluruh negara, dengan kapasiti pemberian vaksin 149,213 dos sehari.

Sumber: Berita Harian

 

Share.

Leave A Reply