Tiada siapa dapat menandingi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya dan betapa besarnya cinta seorang ibu.

Ibu Jadi 'Lelaki' Selama 36 Tahun, Puncanya Buat Ramai Orang SAYU

Tiada siapa menduga seorang wanita di India sanggup menyamar sebagai lelaki hampir 4 dekad demi melindungi anak perempuannya, lapor Oddity Central pada Selasa.

Selepas kehilangan suami akibat serangan jantung, seorang wanita di India menghabiskan 39 tahun hidupnya dengan berpura-pura menjadi seorang lelaki.

Hal ini dilakukan supaya dia boleh membesarkan anak perempuannya seorang diri.

S Petchiammal, 57, baru saja berkahwin selama 15 hari apabila suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketika itu dia berumur 20 tahun dan mengandungkan anak perempuannya.

Tidak lama selepas melahirkan anak, dia mula bekerja pelbagai pekerjaan untuk menampung kehidupan.

Namun, membesarkan seorang anak sebagai ibu tunggal di kampung Katunayakkanpatti di Tamil Nadu, sebuah masyarakat patriarki yang dominan, adalah sukar.

Wanita muda itu bekerja di tapak pembinaan, hotel dan kedai teh, tetapi dia menghadapi gangguan dan ejekan seksual pada setiap hari.

Jadi, suatu hari dia memutuskan bahawa dia perlu membuat perubahan yang besar.

Pada suatu hari, S Petchiammal pergi ke Kuil Tiruchendur Murugan di Tiruchendur untuk memotong pendek rambutnya dan menggantikan sarinya dengan baju dan lungi.

Kemudian, dia menukar namanya kepada ‘Muthu’.

Ibu Jadi 'Lelaki' Selama 36 Tahun, Puncanya Buat Ramai Orang SAYU

Oleh kerana identiti baharu itu, dia bersama anak perempuannya perlu berpindah untuk memulakan kehidupan yang baharu.

“Kami menetap semula di Kattunayakkanpatti lebih 20 tahun lalu.

“Hanya saudara terdekat di rumah dan anak perempuan saya yang tahu bahawa saya seorang wanita.

“Saya melakukan pelbagai jenis pekerjaan, daripada bekerja sebagai pelukis, pembuat teh dan penebar roti prata.

“Saya menyimpan setiap sen untuk memastikan kehidupan yang selamat dan terjamin untuk anak perempuan saya,” katanya baru-baru ini kepada The New Indian Express.

S Petchiammal berjaya mengekalkan penampilan selama lebih tiga dekad.

Kini, anak perempuannya Shanmugasundari sudah dewasa dan berkahwin, jadi dia tidak perlu berselindung lagi.

Setelah itu, dia mengambil keputusan untuk mendedahkan dirinya baru-baru ini dan menerima jutaan pujian daripada penduduk di India.

Meskipun begitu, Petchiammal enggan mahu kembali ke kehidupan lamanya dan ingin meneruskan identiti ‘Muthu’ sepanjang hayatnya.

Disebabkan itu, menyamar sebagai lelaki selama lebih 36 tahun telah memastikan kehidupan yang selamat untuk anak perempuannya.

Sekadar info, Patriarki merupakan sistem masyarakat yang sebahagian besar kekuasaannya dipegang oleh kaum lelaki.

Sumber: Sirap Limau

Share.

Leave A Reply