Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon senior Azri Iskandar menjadi sebutan ramai di platform media sosial.

Ibu KEKASIH Pengsan Selepas Pendedahan Wanita 'F'. Ini Tindakan Azri Iskandar

Susulan keluar laporan berita yang menyatakan dia bakal berkahwin dengan wanita pilihannya yang juga penulis skrip, Dr Azra Diera tidak lama lagi.

Namun, khabar gembira itu tergugat susulan pendedahan seorang wanita ‘F’ yang mengakui menerima lamaran daripada Azri.

Ketika dihubungi OhBulan, Azri, 57, berang dengan dakwaan tersebut dan menegaskan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal yang terlibat.

“Saya akan saman portal itu,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar berkata disebabkan dakwaan wanita ‘F’ itu, ibu kekasihnya pengsan dan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin.

“Mak Azra sampai rebah sebab terkejut selepas tengok video temubual wanita itu yang dihantar oleh kawan.

“Kawan mak dia cakap, ‘macam ini ka yang kau nak buat menantu?’.

“Nasib baik adik Azra ada. Sampai sekarang masih ditahan di hospital. Bayangkan ini bukan perkara kecil.

Bukan itu sahaja, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim terpaksa akur selepas pihak produksi mengambil keputusan menggugurkan namanya dari persembahan Teater Tan Sri Elyas.

Terdahulu, Azri mengesahkan dia bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dan bakal menghantar rombongan merisik ke Perlis pada 23 Jun ini.

Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriati pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply