Ibu Meninggal Dunia Sehari Selepas Sambut Ulang Tahun Kelahiran Anak Kali Pertama | Setiap pasangan ibu bapa semestinya ingin menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka dengan pelbagai persediaan bagi memeriahkan lagi majlis yang bakal disambut bersama.
Menerusi perkongsian di TikTok, pasangan suami isteri itu menyambut hari kelahiran anak mereka, Haider Yusuf yang berusia setahun.
Namun, kejadian yang tidak diduga itu menyayat hati seluruh keluarga apabila ibu, Athirah Jaafar, meninggal dunia sehari selepas meraikan ulang tahun pertama anaknya.
Al-Fatihah Athirah Jaafar. Semoga ibu Yusuf ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga Yusuf membesar menjadi anak yang soleh.
Sementara itu, Allahyarhamah Athirah sempat menitipkan doa di laman Facebook agar Haider menjadi anak yang soleh.
Barakallah Fii Umrik Haider Yusuf. Semoga menjadi anak yang soleh, yang bijak pandai, yang taat kepada kedua orang tua, disenangi orang ramai, diberikan kesihatan tubuh badan.
Difahamkan, arwah rebah di tempat kerjanya sebelum dibawa ke pusat perubatan di Sarawak.
Sumber: Oh Bulan
Artikel Lain
Ibu Meninggal Dunia. Adik Ni Jerit Kearah Langit Nak Cakap Dengan ‘Mama’.
Ibu Meninggal Dunia. Adik Ni Jerit Kearah Langit Nak Cakap Dengan ‘Mama’.| Menghibakan. Seakan tidak memahami hakikat sebenar, seorang anak kecil memanggil ibunya yang telah meninggal dunia di langit.
Dalam video dikongsikan di media sosial, kanak-kanak tersebut melihat ke arah langit dan menjerit ‘Mama’ berulang kali.
Menurut sebuah portal Sepanyol, video tersebut dirakam di Salvador, dimana kedua-dua beradik di dalam video itu telah kehilangan ibu mereka.
“Lihat ibu saya,” kata anak kecil itu sambil menunjukkan ke arah langit.
“Yang mana ibumu sayangku?” tanya wanita yang berada di situ.
“Yang bersinar itu,” kata kanak-kanak tersebut, seperti ditulis portal tempatan.
Dalam video tersebut, si kecil itu dikatakan ingin bercakap dengan ibunya dan menyeru ‘mama’, membuatkan seorang kanak-kanak lain dipercayai abangnya menangis dan memeluknya.
https://www.facebook.com/24hnMexico/videos/262747584714250/
Menurut portal itu, ramai orang membuatkan kanak-kanak percaya bahawa jika orang tersayang mereka meninggal dunia, dia akan menjadi bintang terbesar dan memerhati mereka dari sana.
Sumber : Siakapkeli
Sedih. Anak Lihat Ibu Tersepit Dan Meninggal Dunia Dlm Kemalangan.
Sedih. Anak Lihat Ibu Tersepit Dan Meninggal Dunia Dlm Kemalangan. | Bentong: Pilunya hati seorang kanak-kanak apabila melihat ibunya tersepit di dalam kereta sebelum meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 3, Jalan Bentong-Raub, hari ini.
Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa S Puganeswari, 42, meninggal dunia serta-merta di dalam kereta Perodua Myvi dipandunya manakala anaknya yang berusia 11 tahun tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati sebuah treler dipandu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dari arah bandar Raub menuju ke arah Bentong dipercayai hilang kawalan.
“Keadaan itu menyebabkan dia terlanggar belakang sebuah kereta Proton Wira dan treler itu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Perodua Myvi.
“Pada masa sama, kereta Proton Wira itu melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Wish yang berada di hadapannya,” katanya.
Beliau berkata, pemandu kereta Perodua Myvi itu berasal dari Bentong dan mayatnya yang tersepit di dalam kereta dikeluarkan anggota bomba.
Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu treler itu mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sumber : Metro