Ibu Sanggup Minum Air Kencing Sendiri Hingga Maut Demi Selamatkan Anak-Anak | Seorang ibu dilaporkan maut selepas terpaksa minum air kencingnya sendiri bagi membolehkannya menyusukan anak-anaknya selepas bot yang dinaiki mereka karam.

Ibu Sanggup Minum Air Kencing Sendiri Hingga Maut Demi Selamatkan Anak-Anak

Mangsa dikenali sebagai Mariely Chacón, 40, dari Venezuela, menaiki bot pada 3 September bersama dua anaknya berusia enam dan dua tahun, suami dan pengasuh dari Higuerote ke Pulau Tortuga di Caribbean ketika ombak besar memukul bot berkenaan, lapor Newsweek menerusi Awani.

Kejadian tersebut berlaku selepas Chacón dan dua anaknya sempat berpaut pada bot penyelamat dan hanyut selama empat hari sebelum ditemui pasukan penyelamat.

Namun kejadian terbabit menyayat hati ramai kerana setelah mereka ditemui, hanya dua kanak-kanak berkenaan, Jose David dan Maria Beatriz Camblor Chacon, dan pengasuh mereka, Verónica Martinez, 25, yang ditemui selamat.

Kedua-dua orang mangsa tersebut dilaporkan sedang berpaut pada mayat ibu mereka, dan Martinez pula mengalami dehidrasi dan luka melecur tahap pertama, lapor Awani.

Terdapat beberapa mangsa lain iaitu suami Chacón, Remis David Camblor, yang dlaporkan belum ditemui.

Menurut laporan bedah siasat, seorang perubatan forensik mengesahkan Chacón mengalami kegagalan organ akibat dehidrasi, yang mungkin terjadi kerana dia menyusukan anak.

Jelasnya, ibu itu meninggal dunia tiga atau empat jam sebelum diselamatkan, dan menyelamatkan anak-anaknya dengan menyusukan mereka serta minum air kencingnya sendiri.

Usaha mencari mangsa kini sedang dipergiatkan namun harapan untuk menemui mereka sangat tipis, kata pihak berkuasa.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply