Identiti Abang Ipar Terbongkar Rupanya Sudah Beristeri Enam | Identiti seorang lelaki yang dipercayai berkahwin dengan enam isteri akhirnya terbongkar apabila salah seorang adik iparnya melihat dia bersama wanita lain di stesen kereta api dalam kejadian di India baru-baru ini, lapor India Times.

Helah lelaki tersebut yang berasal dari Kampung Javatari ‘terkantoi’ apabila adik salah seorang isterinya (Mandu), iaitu Vikas yang tiba di stesen kereta api Jamui pada petang Isnin untuk pergi ke Kolkata terjumpa dengannya bersama beberapa wanita lain.

Menurut India Times, ibu mertuanya, Kobia Devi dan juga ibu kepada Mandu memaklumkan kepada pihak polis bahawa anak perempuan mereka telah berkahwin dengan lelaki berkenaan pada 2018 dan kini mempunyai dua orang anak.

Difahamkan, lelaki itu telah meninggalkan rumah mereka kira-kira setahun setengah yang lalu dengan alasan untuk mendapatkan rawatan tetapi hakikatnya dia tidak pernah kembali sehingga kini.

Vikas mendakwa bahawa kakaknya telah menunggu begitu lama, tetapi dia (lelaki tersebut) memanggil wanita itu (yang dilihat di stesen kereta api) sebagai isterinya.

Sementara itu, ibu mertuanya yang marah akibat ditipu turut mendakwa bhawa lelaki itu telah menipu mereka. Dia juga berkahwin dengan Kalvati Devi, seorang penduduk Ranchi dan mempunyai empat orang anak.

Tidak hanya itu, lelaki terbabit juga dilapor turut mempunyai anak dengan isteri-isteri lain iaitu Chinawaria, Sunderkand, Ranchi, Sangrampur, Delhi dan Deoghar.

Maka secara tidak langsung, dia telah mempunyai anak daripada tujuh keluarga yang berbeza.

Mereka juga berkata bahawa ke mana sahaja dia pergi untuk membuat persembahan, dia akan berkahwin dengan wanita tempatan (di tempat itu) untuk menghiburkan mereka dengan nyanyian.

Vikas juga mendakwa, prosedur standardnya ialah menceraikan seorang wanita sebelum menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Bagaimanapun, lelaki yang bekerja sebagai penyanyi itu mengaku kepada pihak polis bahawa dia mempunyai enam isteri dari empat negeri berbeza.

Menurut sumber polis, orang yang memfailkan aduan tersebut adalah keluarga isteri keduanya dan polis akan menyiasat jika ada aduan lain yang pernah dibuat.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Lelaki Ini Mendakwa Telah Berkahwin Sebanyak 87 Kali

Dakwaan seorang lelaki di Majalengka, Jawa Barat, Indonesia yang mendakwa pernah bernikah sebanyak 87 kali menimbulkan persoalan.

Ini kerana pejabat agama tempatan tidak menemui rekod pernikahan sebagaimana didakwa lelaki dikenali sebagai Kaan, 61, itu.

Susulan pendedahan lelaki itu, portal Detik.com membuat semakan dengan pejabat agama tempatan di Bantarujeg dan Lemahsugih.

Ia adalah dua pejabat agama yang terletak berhampiran dengan tempat tinggal Kaan iaitu Desa Cipeundeuy.

Walau Bagaimanapun, kedua-dua pejabat agama itu tidak dapat membuat pengesahan tentang dakwaan lelaki berkenaan.

Menurut Nanang Sudrajat, Ketua Pejabat Agama di Lemahsugih, belum pernah ada penduduk yang bernikah berpuluh-puluh kali.

“Saya bertugas di pejabat ini dari 2019… sepanjang pengalaman saya, penduduk yang nikah cerai tidak ada lebih berpuluh kali, selalunya dua kali,” katanya.

Nanang berkata, berdasarkan semakan, nama Kaan tidak ditemukan di dalam pangkalan data.

‘Jika nikahnya dari 2000-an sehingga kini, mudah untuk kesan, kerana (rekod) sudah masuk pangkalan data. Kalau nikah sudah lama (itu sukar).

Sementara itu, Ian Supian yang merupakan Ketua pejabat agama di Bantarujeg juga menyatakan benda yang sama.

“Saya sudah membuat pengesahan dengan pegawai di sini yang bekerja sejak 1992. Belum ada (individu) bernama Kaan yang mengemukakan permohonan bernikah di sini,” katanya.

Media tempatan sebelum ini Kaan digelar ‘Playboy Majalengka’ didakwa bernikah 87 kali, namun menyatakan pernikahan itu banyak kali dilakukan mengikut hukum Islam.

Lelaki itu juga mendakwa tidak semua pernikahan itu dengan isteri baharu, ada membabitkan bernikah semula dengan bekas isteri.

Menjengah di ruangan komen di Facebook, ramai netizen yang menyatakan agak mustahil bagi seseorang individu untuk berkahwin sebanyak yang ditetapkan itu.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply