Ini Janji Hishammudin Lepas Dilantik Sebagai Menteri Luar.

| March 10, 2020 | 0 Comments

Ini Janji Hishammudin Lepas Dilantik Sebagai Menteri Luar. | Agenda utama Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang baru dilantik ialah memperkasakan hubungan antarabangsa bukan hanya dalam kalangan negara-negara serantau, tetapi juga dengan lebih banyak negara di seluruh dunia.

Ahli Parlimen Sembrong itu juga berjanji akan menggandakan usaha dengan sedaya upaya saya bagi melonjakkan lagi nama baik negara sekali gus memastikan Malaysia semakin disegani dan dihormati di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, agenda berkenaan menjadi keutamaan beliau seiring dengan harapan rakyat Malaysia yang berhasrat melihat nama negara kembali gemilang di mata dunia.

“Justeru, saya berjanji akan berusaha dengan sedaya upaya saya bagi melonjakkan lagi nama baik Malaysia sekali gus memastikan Malaysia semakin disegani dan dihormati di peringkat antarabangsa,”
kata Hishammuddin dalam kenyataan media yang diedarkan pada Selasa.

Hishammuddin merupakan antara pemimpin yang dilantik oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menanggotai senarai Kabinet Malaysia 2020 pada Isnin.

Barisan Kabinet Malaysia 2020 yang terdiri daripada 31 menteri kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati, Putrajaya hari ini.

Hishammuddin, 58, merupakan pemimpin yang berpengalaman luas sebagai menteri dan pernah menjawat jawatan antaranya Menteri Pertahanan, Menteri Pelajaran dan Menteri Belia dan Sukan.

Dalam kenyataan yang sama, anak kepada Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn itu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menzahirkan sokongan kepada beliau di atas pelantikan sebagai Menteri Luar.

Kata beliau, sokongan yang diterima terutamanya daripada rakyat Malaysia, warga Kementerian Luar Negeri (MOFA), pemimpin-pemimpin luar, duta dan pegawai kerajaan akan membantu merealisasikan banyak
kejayaan pada masa depan.

“Saya sedar, banyak kerja perlu dilakukan untuk mencapai matlamat ini. Jadi, segala kerja ini akan saya dan warga MOFA laksanakan bermula dari hari pertama saya di MOFA nanti,” ujar Hishammuddin lagi.

Sumber : Astro Awani

Tags: , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *