Ini Syarat Nak Kahwini Saya | Assalamualaikum. Saja nak berkongsi apa yang saya buat sebelum betul2 melangkah ke fasa hidup berpasangan halal. Saya tak mintak hantaran banyak tapi mintak syarat banyak. Haha. Mungkin anda kata saya over tapi saya buat untuk masa depan saya sebab saya nak bahagia lama 🙂
Dah berumahtangga 7 tahun. Anak sepasang. Bekerjaya. Kenal dengan suami
zaman kampus, dulu cuma kawan biasa sebab 1 course tapi mula serius bila
masing2 dah kerja.
Pada saya berkawan biasa dulu kira bonus, at least dia tak fake. Saya
cakap kat si dia, kalau betul2 nak peristerikan saya, ni syarat2 saya :
Nafkah :
Nanti dah kawin ada bagi saya nafkah bulanan tak? Itu soalan saya.
Banyak saya dengar suami tak bagi duit kalau isteri kerja. Saya tak
kisah banyak ke sikit. Saya boleh bantu untuk perbelanjaan rumah tapi
duit nafkah sebagai isteri saya tetap nak.
Husband kata memang akan bagi tapi tak la banyak sebab gaji dia tak
besar mana katanya. Beli la apa2 saya nak kalau tak cukup sendiri
tambah. Haha saya ok, asalkan bagi, asalkan dia tunaikan hak saya.
Kerjaya :
Saya nak terus bekerja. Bukan sebab saya nak income sendiri untuk beli
mekap atau handbag, tapi saya ada komitmen.
Hutang PTPTN, kereta untuk kemudahan/ kecemasan dan yang paling utama
ialah saraan parents saya di kampung. Ayah saya bukan pesara berpencen,
tu pun sudah uzur dan tak boleh kerja berat.
Ibu suri rumah dan ada penyakit yang perlu kos rawatan berkala. Adik
beradik saya tak ramai. Kami bertanggungjawab atas sara hidup ibu bapa kami.
Kalau husband nak saya resign dan jadi housewife, saya hanya ok dengan
syarat dia sanggup cover semua komitmen saya 100%.
Kata husband, dia tak kisah saya kerja walaupun sampai dia dah mampu
cover semua bahagian, asalkan kerjaya saya dalam zon yang terjaga
ikhtilat dan terhindar daripada fitnah.
Husband faham parents dah penat membesarkan saya, mesti teringin tengok
saya berjaya capai cita2. Alhamdulillah.
Tempat tinggal :
Saya memang tolak kalau sebumbung dengan keluarga. Tak kisah mertua atau
keluarga sendiri.
Prinsip saya, rumahtangga kena berdikari. Biarlah sewa bilik sebelah
rumah parents pun, asalkan kita kontrol sendiri. Nak manja2 ke nak
bercekau ke bebas dalam rumah sendiri.
Saya tak nak hadap konflik menantu-mertua yang macam selalu orang cerita
tu. Jadi sebelum kawin, pastikan dah ada tempat tinggal, sewa ke beli ke
tak kisah.
Rupanya bukan husband je ok, tapi mertua saya pun suruh camtu. Awal2 dah
sound lepas kawin pi hidup berdikari cari rumah sendiri . Fuhh lega.
Privasi :
Saya rasa bertuah adik beradik husband tak ramai. Bukan la syarat sangat
sebenarnya, saya cuma nak ada sedikit privasi bila balik ke kampung
mertua masa berkumpul ramai2 macam time raya.
Kena bersempit sebilik dengan ipar/ biras perempuan pun takpe, asalkan
saya boleh salin baju, susukan anak & tidur.
Saya tak nak bertudung 24 jam sampai tidur pun bertudung kat ruang tamu,
entah apa yang terselak dan dilihat lelaki lain dalam rumah. Bukan ke
husband kena lindungi isteri?
Husband kata jangan risau dia memang ada bilik sendiri. Dia tidur luar
tak pe, tapi isteri tak boleh. Tau dia taknak orang lain tengok bini dia
tidur haha.
Tugasan rumah :
Dulu sebelum kawin pernah saja test dia – “kerja rumah sebenarnya tugas
siapa?” husband jawab “tau, suami.. sebenarnya isteri yang bantu suami
bukan suami bantu isteri”. fuhh lega lagi.
Memang saya terus terang, saya tak nak jadi bibik. Dah lah sama2 keja.
Alhamdulillah lega sebab suami memang ringan tulang. Masa saya jadi
housewife kejap sebelum tukar kerja pun dia tetap buat kerja rumah
sama2, urus anak pun sama2.
Anak :
Jangan suruh saya beranak rapat! Saya nak jarak sekurang2nya lepas
penyusuan 2 tahun. Saya nak badan betul2 pulih dan bersedia fizikal
mental. Saya nak anak dapat perhatian secukupnya sebelum dapat adik.
Ye saya tau rancang2 pun kalau nak jadi tetap akan lekat, tapi itu lain
cerita lah.
Kalau displin betul2 bab merancang tapi terlekat jugak itu dah memang
rezeki. Tapi saya tak nak la merancang acah2.
Husband kena ambil peranan jugak, jangan harap saya sorang je kena plan,
dah la ramai cakap pil ke cucuk ke pun boleh lekat jugak. Seriau kot.
Husband cakap kita cuba jarak 2-3 tahun sorang. Sama2 jaga displin. Dia
pun kalau boleh tak nak rapat sebab dia jugak yang kena commit macam2.
Bukan setakat ongkos tapi cabaran nak besarkan anak akhir zaman ni kena
ambil kira katanya, salah cara anak tak jadi tiket ke syurga tapi ke neraka.
Semua perkara ni saya deal sebelum kahwin. Memang tiada jaminan ia
dipatuhi, ada je pasangan yang berubah lepas kahwin tapi pada saya at
least saya usaha dulu. Saya nak husband jelas dengan pendirian saya dan
saya nak kata sepakat daripadanya.
Saya tak mau lepas kawin jadi sedih tak dapat nafkah, atau makan hati
duduk dengan mertua, atau mengeluh stress kena urus rumahtangga sorang
diri, atau penat badan mengandung beranak setiap tahun. Ujian masa depan
saya serah pada Allah.
Kalau dia awal2 tak sependapat samada tiada peruntukan nafkah (duit
poket), nak saya berhenti kerja, kena duduk dengan family dia,
Harap isteri buat semua kerja rumah, serve dia semua benda atau tak nak
rancang anak sebab dia suka anak rapat ramai, sila lah cari wanita yang
setuju dengan kehendaknya, yang pasti bukan saya.
Jodoh itu pilihan, bukan takdir semata2. Kita bukan terjaga daripada
tidur tahu2 dah ternikah. Ini cara saya, saya cuma tak nak terlalu ‘gamble’.
Doakan kami bahagia ke akhr hayat ye. Peace.
– Pensel Kaler Merah (Bukan nama sebenar)
Kredit : IIUM Confessions