Inisiatif ‘Walk-In’ Di Selangor & KL Adalah Untuk Yang Belum Dapat Janji Temu Selepas 1 Ogos | Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini memaklumkan, inisiatif walk-in yang akan dilakukan di Selangor dan Kuala Lumpur adalah bagi mereka yang tercicir atau belum mendapat janji temu vaksin selepas 1 Ogos.
Inisiatif ini tidak boleh digunakan bagi golongan yang sudah terima atau diberi janji temu masing-masing. Contoh golongan yang belum mendapat janji temu adalah individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan.
Selain itu, dalam kenyataan media tersebut CITF memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi inisiatif walk-in ini akan dikemaskini dan dimaklumkan pada masa akan datang. PPV yang beroperasi sekarang tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif walk-in tersebut
Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat.
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) July 19, 2021
Di samping itu, individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat.
Sumber : JKAVMY