Tular Video Pemuda Jual Durian Sebiji RM 500, Menteri Sumber Manusia Call Cakap Nak Beli | Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter mengenai seorang lelaki yang ingin menjual durian kampung miliknya dengan harga RM 500 sebiji.

Tular Video Pemuda Jual Durian Sebiji RM 500, Menteri Sumber Manusia Call Cakap Nak Beli

Apa yang melucukan adalah kerana duriannya tidak jatuh ke tanah, sebaliknya ia jatuh ke atas cermin belakang kereta sehingga berlaku kerosakan terhadap keretanya.

Tanpa disangka, video yang berbaur melawak itu mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan.

Durian Runtuh!…

Pemuda yang dikenali sebagai Wan Mahussin itu amat terkejut kerana mendapat panggilan dari Menteri tersebut yang ingin meminta nombor akaunnya untuk menampung kos bagi kerugian yang dialaminya.

Wan Mahussin juga berkongsi di Facebook miliknya mengenai panggilan yang diterimanya dan memuatnaik beberapa tangkap layar bersama Menteri Sumber Manusia itu.

Beliau amat terharu dengan sumbangan yang diberikan dan berhasrat ingin membantu pada orang lain yang memerlukan dengan sumbangan tersebut.

Sumber : Twitter, Wan Mahussin Wan Zain

 

Share.

Leave A Reply